[GAMBAR] TRIP BERSAMA HOTEL DE PALMA ECO RESORT KUALA SELANGOR

/
1 Comments
Gambar sumber google
Trip Bersama Hotel De Palma Eco Resort, Kuala Selangor | Assalamualaikum semua. I'm so so sorry sebab lambat share pengalaman aku join trip ke Kuala Selangor yang dianjurkan oleh pihak De Palma Hotel Eco Resort, Kuala Selangor. Walaupun aku berasal selangor tapi sebenarnya aku sendiri tak pernah menginap dan jejak kaki ke hotel tersebut. Rasa macam tak perlu pun nak menginap. Maklumlah sebab rasa macam kawasan dan negeri sendiri kan. Jadi buat apa nak stay even semalam je pon. Tapi bila fikir balik, walaupun tempat sendiri nak juga ada pengalaman nya kan. Kalau orang tanya adalah jawapan yang aku boleh jawab. Ye dakk kan?

Perjalanan program tersebut berlansung selama 3 hari 2 malam. Bermula dari 6 Oktober 2017 (Jumaat) hingga 8 Oktober 2017 (Ahad) dan sebahagian para peserta yang join akan berkumpul di De Palma Hotel Shah Alam sebab mereka akan menaiki kenderaan (bas) yang disediakan oleh pihak penganjur. Aku pilih drive sendiri je. Sebab rumah dekat Klang. So area nak ke Kuala Selangor tu jalan nya tu aku dah biasa lalu. Tambahan lagi dengan adanya aplikasi 'Waze' yang bisa membantu aku nak cari jalan ke sana. So nak rasa acah-acah travel alone gitu.

I am ready!!! Selfie satu kali!!

Ini lah perempuan. pergi 3 hari beg tak nak kalah tau!

Perjalanan dari rumah aku area Taman Sri Pekan, Klang nak ke De Palma Hotel Eco Resort mengambil masa selama 1 jam atau 45 minit macam tu. Tapi kalau jalan tu clear tanpa sebarang kesesakkan lalu lintas. Tapi kalau jem memang kena ambil masa sikit la nak sampai.

Area klang boleh rujuk maps ni. Nak senang google je route dari tempat korang nak ke De Palma Hotel Kuala Selangor

Alhamdulillah. Perjalanan lancar. Takde jem. Jadi aku pun sampai dengan selamatnya ke destinasi dituju. Lokasi Hotel De Palma Eco Resort, Kuala Selangor ni agak kedalam sedikit dari jalan utama. Tapi jangan risau, yang mana nak cari road dia guna Apps Waze atau Maps masih boleh digunakan sebab tiada gangguan data line dalam tu.

Alhamdulillah sampai dengan selamatnya. Time to check in. Tak sabar kita nak masuk bilik. 

Wakil daripada pengurusan tertinggi Hotel De Palma memberikan taklimat ringkas mengenai perjalanan trip kali ini.


Pakcik baju merah dan Makcik baju biru tu tengah mengurut sebenarnya. Hilanglah kejap penat-penat badan.

Air tembikai campur timun tak silap. Sedap weii!!!
Mereka sangat memahami kami. nyum!! nyum!!

Kawasan disekitar penginapan di Hotel De Palma Eco Resort yang penuh kehijauan.


Ini adalah view dari luar bilik penginapan yang aku duduk. First time aku jejak kaki ke sini. Barulah aku tahu kenapa namanya Eco Resort sebab penginapan dia dalam serounding yang nature. Kehijauan dan tenang. Memang sesuai lah sesiapa yang nak bercuti dan nak jauh dari kesibukkan kota dan kerja yang melambak tu memang boleh la check in kat sini. 

Luar nampak macam kecil je, bila masuk teruja aku sekejap. Cantik sangat. 

Bilik ni ada 2 single bad dan queen size 1. So untuk family sangat la sesuai.

Ruang singki luar





Lepas dari check in dan rehat kan badan semua bermula lah aktiviti untuk hari pertama program trip aku kali ini. Lokasi pertama yang aku pergi adalah Bukit Malawati. Bukan Melawati tau. Malawati. Bukit Malawati ini adalah salah satu tarikan utama di Kuala Selangor. Untuk pengunjung yang nak ke Bukit Malawati, mereka boleh menaiki Tram yang disediakan yang mana perkhidmatan Tram tersebut tu hanya beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. 
Gambar Sumber google. 
Perkhidmatan Tram yand disediakan.
Muka gayat naik Tram. Takut jatuh weii..!!
Aku bersama Lotong. 
Antara aktiviti utama di Bukit Malawati yang biasanya pengunjung akan lakukan adalah beri makan monyet dan lotong. Yang berani boleh la bagi makan. Aku awal-awal lari dah. 



Info mengenai Lotong dan Kera.


Rumah Api di Bukit Malawati, Kuala Selangor
Di atas bukit Malawati terdapat juga sebuah rumah cahaya atau rumah api yang besar dan terawal dibina pada tahun 1907. Struktur lama abad ini masih digunakan hari ini untuk memandu kapal-kapal yang berlayar di sepanjang Selat Melaka.

Antara kawasan berhampiran Bukit Malawati

Muzium Sejarah Kuala Selangor

Muzium Sejarah Kuala Selangor juga terletak di atas bukit dan dibuka setiap hari kecuali pada hari Isnin. Terdapat banyak artifak sejarah  tentang Kuala Selangor dan kawasan sekitar yang boleh dilihat dan diteroka semasa berada di sini. 

Waktu Operasi Hari ke hari Ahad: 9:30 pagi hingga 5:30 petang 
Jumaat: 9:30 pagi hingga 12:15 petang dan 2:45 petang hingga 5:30 petang 
Isnin: Ditutup 
Bayaran masuk Lawatan ke Muzium adalah percuma.

Malam pula kitorang ke satu lagi lokasi pilihan pengunjung yang bertandang ke Kuala Selangor iaitu ke Kampung Kuantan untuk tengok "kelip-kelip" atau dalam english nya dipanggil fireflies .



Tak pernah naik sampan. Gayat habis aku.



Untuk makluman korang semua, kalau nak tengok "kelip-kelip" ni kena naik sampan. So nanti abang pendayung tu akan bawa korang pergi ke satu pokok ke pokok yang lain untuk tengok kelip-kelip lebih dekat. Tapi sayang nya kelip-kelip  ni tak boleh nak ambil gambar guna phone camera. Hanya boleh tengok dengan mata kasar. Jadi takdelah moment yang boleh aku kongsikan dengan kelip-kelip. Tapi takpe aku share kat korang alamat kat bawah ni so kalau korang nak pergi boleh amik info kat bawah tu ok?

Info:
Address: Jalan Club, Kampung Kuantan, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Hours:
Open today · 7:45–10:30PM
Phone: 03-3289 1439
Dah penat berjalan dari petang sampai ke malam now dinner time pula la kita. Malam tu pihak Hotel De Palma Eco Resort sediakan tema Rimba gitu. 














Burrrkkk!! Alhamdulillah. Kenyang sangat.
Dan keesokan nya pula, kitorang dibawa ke satu lagi lokasi favourite pengunjung iaitu "Sky Mirror". Lokasi sky mirror ni sebenarnya terletak ditengah-tengah laut dikawasan air Jeram. Pelik kan? 




Nampak senyum tapi aku genggam kuat gila pemegang tepi tu. Takut jatuh. hahahaha!!


Untuk ke kawasan tengah laut tersebut perlu menaiki bot yang disediakan. Perjalanan dari Jeti ke kawasan yang dituju itu mengambil masa selama 45 minit. Tapi tempoh hari setengah jam je dah sampai sebab ombak tak berapa kuat. Jadi perjalanan agak lancar. Route untuk kesana hanya 1 trip perjalanan sahaja disediakan. Pengunjung akan disarankan untuk pulang ke Jeti semula sebelum jam 12 ke 1 tengahari untuk mengelakkan ombak kuat berlaku pada waktu tersebut. 


Bila dah sampai ke kawasan tengah laut tu, kitorang kena tunggu dalam beberapa minit sementara tunggu air surut. Bila dah surut, apa lagi masing-masing memulakan langkah riang la!!







Selepas selesai tengok laut, bergambar di "Sky Mirror" Jeti Pekan Lama, Kuala Selangor kitorang beralih arah pula nak tengok kehijauan iaitu di Taman Alam, Kuala Selangor. 




Sayang... I'm Imagine on you.

Walaupon dari belakang rasa cantik pulak aku ni. 
Sebelum aku terlepas, haa ni aku nak bagitau sesiapa yang berkunjung atau menetap di Hotel De Palma Eco Resort boleh join aktiviti berkuda yang disediakan. Kenapa gambar aku naik kuda takde? Haaa sebab aku tak naik lah. Kalau aku naik mungkin patah belakang kuda tu. Hahahah!!!




Aktiviti malam kitorang join Night Walk in charge oleh pengurusan Hotel De Palma Eco Resort. Last join aktiviti macam ni masa time sekolah dulu-dulu. Dan sekarang mengimbau balik kenangan masa sekolah. Aktiviti ini berlansung didalam kawasan De Palma Hotel je. Yang mana nak plan buat team building pon memang sesuai sangat. 






comel kan bila uncle pon join night walk.

Sampai sudah pada hari terakhir trip, last aktiviti aku join trip kali ini adalah aktiviti zumba dan team building.




Gambar Ihsan Projek Travel

Gambar Ihsan Projek Travel

Gambar Ihsan Projek Travel

Gambar Ihsan Projek Travel

Gambar Ihsan Projek Travel

Gambar Ihsan Projek Travel

Gambar Ihsan Projek Travel




You may also like

1 comment:

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

Labels

Blogger info terbaru info terkini info santai Blogger Popular info traffic blog #cabaran30hari Media Event Blogger review movie Produk Review SBB2014 BLOGGER IDOL Blogger Apps Buffet Ramadhan 2014 Instagram SBBYEOS2014 blog kontroversi lesen L AGENSI CARI JODOH Apps Playstore Baby Mia BlogIt Blogger contest Blogpost CARI JODOH MALAYSIA Drama Preview E-COSWAY EVENT Gadget Murah Google Playstore Impiana Hotel Impiana Hotel KLCC JODOH KHR AVI SELFIE Sepetang Bersama Blogger TCEB Thailand Exhibition baby sitter blog a.k.a Diari. cerita aku drama seludup fesyen plus size food review itisnotaboutsize kawan aku mati dalam rumah sewa networking blog pemenang #masukdramaseludup selfie dan keyakinan diri travel tips 1 MALAYSIA 7 Petala Cinta AIDILADHA 2012 AIDILAHDA 2012 ATURCARA AVI IDOL Account Keek Adam Ahmad Syukri Afdlin Shauki Anugerah meleTOP Era Apps Camera360 Apps Keek Aurora Italia Jewellery BALASAN DUNIA BLOG SURAM BLOGGER AREA MEDIA EXPERT (ADVERTORIAL MURAH) Baby skin care Baju Ibu mengandung Baju Trend Terkini Baling anak Bayi Terseliuh Berbaik sangka pada Allah Blouse Busker Butik Online CERITA KORBAN COSWAY CSR PROGRAMME Camera360 Cameron Highlands Campaign Power of Doing Good Career Cathing Fire Celebrity Faminine Scrub Wash Celebrity Lass Char Koay Teow Sg Dua Cinta Allah s.w.t. Cinta Manusia Clip Lens Coming Mommy Cool Hijab DATO' SITI NURHALIZA DERMAGIC SIMPLYSITI DOKTOR Daging Paprik Detik Terindah Bersama Fair & Lovely Disney Junior: Power of Doing Good Doa Ibu Doktorbudak Download Apps Keek Drama Bicara Hati Dress Duta Produk Chew N Glow Eman Manan Entertainment Fesyen Filem Animasi SuperSquad Filem Biopik Saloma Floria 2014 GEMA GEGAR VAGANZA Gadget Impian Gadget Tab Lenovo Gambar kahwin syanie Google Friend Connect Google Plus HARI RAYA AIDILADHA 2012 HASHTAG HUKUM DUNIA Harum Malam Original Hebahan Helixir Lip Serum Dr Lauranne Home Renovation Loan Home Renovation Loan Available in Malaysia Hospital Tengku Ampuan Rahimah Hotel De Palma Eco Resort Kuala Selangor Hotel Melaka Hotel Sixty Six Hujung minggu Iklan fair & lovely Ixora Hotel Penang JajaZz FashioniStaR Jalinan Kasih Ramadhan Jawatan Kosong Jenayah Jihad Iskandar Johnson's Baby KAMI HISTERIA KARMA KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA. KEDAI KAIN 1 MALAYSIA KTM KURSUS KORBAN Kawan Keek Kelas Memandu Kelebihan Harum Malam Keretapi Tanah Melayu Kerja kosong Kerjaya Kisah Adam dan Alya LAMAN SOSIAL Lady Boss Laman Kayangan Shah Alam. Food Review. Lifestyle Blog MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MASTER FOREX TERHEBAT 2015 MLM MULTI LEVEL MARKETING Malaya Bank Berhad Maleficent Mama Mia Mamil® MomMe Saturdays Mary Kay Skinvigorate Cleansing Brush Masak Paprik Masakan Thai Maybank2u Meeracle Gemstones Beauty Mega Wedding Malaysia 2017 Minda Bawah Sedar Minuman Jus Walit Ginseng My Calendar My Fun Cooking 2017 Nasi Arab Mandy Neelofa Nova Highlands Resort & Residence OKI SETIANA DEWI OMGFEST PART 2 PESERTA MAHARAJA LAWAK 2012 Paste sup ani utara Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 Pemikiran Bawah Sedar Penang Street Art Percutian Keluarga Perkahwinan Contract. Perniagaan Online Personal Blog Petua hilang bau badan Photo Grid Pintu Hati Neelofa Akhirnya Telah Terbuka Menerima Lamaran Power bank murah Pra Pelancaran Produk Dr Lauranne Malaysia Produk Dr Lauranne Malaysia Produk hilangkan bau badan REJECTION Restu Ibu Roti Canai Chicken Curry Roti Canai Transfer Road SAPS Ibu Bapa SAPS Ibu Bapa - Saps NKRA SAPS Ibu Bapa 2017 SAPS Semakan Ibu Bapa SAPS semakan secara online SEKOLAH RENDAH AGAMA BATU BELAH SENARAI PESERTA SN GADGET Safety Seminar buat duit dengan affiliate Seri Emas Sindiket tarik kereta Sleeping Beauty Somebody Like Me Style 2013 Syarikat penerbangan persendirian Syawal 2014 Tab Lenovo Taman Buaya Melaka Telemarketing Teman tapi Mesra The Hunger Games The captain steamboat TruDtox UPDATE BLOG Uitm Uitm Final exam Uncle Jack Fried Chicken Vanilla Coklat slot Lestary TV3 Wak Doyok Walit Ginseng Wechat What Happened To Amelia? You Chew You Glow aidilfitri 2015 akademi fantasia 2014 alasan untuk bahagia ampang atikahnorbaki audition af azam 2015 baling tingkat tiga bangunan barang bayi pupular barangan bayi bazaar ramadhan 2017 bazaar ramadhan klang bazaar ramadhan shah alam belajar memandu beli online barang bayi bila kucing bercakap bina network blog blog tak mesra seo blogg bridesmaid buang anak buffet ramadhan de palma hotel shah alam busy cabaran iphone 5s catering catuan air catuan air selangor 2014 cerita adaptasi novel cityskin medispa contoh nilai kemanusiaan denaihati driving test e-ADVERT ekor kucing finas petaling jaya free postage gemok is ohsem! hair rich trichology hantaran mahal hantaran melambung tinggi hantaran perkahwinan hari guru 2014 hilang keyakinan diri iPhone 5s iklan iklan terbaru islamic conference islamic cruise jom jimat elektrik jpj kelompok kerja krisdayanti dan raul lemos krisdayanti sah menjadi isteri kuala lumpur kucing lesen P lesson monopod motherhood.com.my nadi putera nilai murni kepada kanak-kanak nursery pelayaran islamic pelayaran islamik 3.0 pelayaran kerohanian pengapit idaman pernikahan krisdayanti practical training program affiliate pusat jagaan kanak-kanak rashidun caliph conference raya 2015 resepi spaghetti cabonara salam kosong-kosong salam lebaran 2015 selamat hari bapa 2015 seludup shatris catering single housewife sohaini cookies spaghetti cabonara steamboat area klang steamboat murah student practical training suruhanjaya perkhidmatan awam syanie syanie bertunang syanie dan nadi putera tahun 2015 tahun baru 2015 tarik kereta ujibakat drama seludup wassap