SIAPA OKI SETIANA DEWI | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Monday, May 15

SIAPA OKI SETIANA DEWI


Assalamualaikum semua. 
Wajah wanita ini memang familiar. Lagi-lagi bila musim rancangan Realiti TV di astro prima Gema Gegar Vaganza yang dah nak masuk minggu akhir tak silap. Dia adalah salah seorang juri dalam rancangan tu. (Maklumlah, rumah takde astro, jadi tak dapat nak follow sangat) Sebelum ni bila nampak wajah ni, aku hanya biasa-biasa je. Yela tengok artis kan. Lagi-lagi artis dari seberang. So tau gitu-gitu je. Tau yang dia tu adalah 'artis'. That All.

Tapi jadi terlebih nak tahu sebab setiap kali tengok video dari persembahan peserta Gema Gegar Vaganza, mesti dia ni akan menangis. Tengok video persembahan orang lain, menangis juga. Tengok yang lain, menangis juga. Bila dia menangis tu, itu yang buat aku nak tengok 

"touching sangat ke persembahan peserta sekian..sekian.. ni?"

 Dan aku pun klik dan tengok persembahan tu.. (Hhhmmm. bagus tau dia ni. Membuat aku untuk play video tu)

Lepas tu, ternampak dekat feed FB wall, ada 1 video yang  "Ternyata Suami ku Tidak Mencintaiku" yang mula viral kat FB page.


Bila tengok, terus aku rasa.. Dia ni siapa ye? Video dia memang memberi kesan sangat. Penceramah bebas ke dia? Penyajak ke? Sasterawan ke? Dan aku pon apa lagi, dari satu ke satu video dia aku layan. Sangat memberi kesan dan teladan. Korang memang wajib tengok video dia. (Boleh je search kat Youtube)


Aku pun mula la meng'google' tentang dia:-

Oki Setiana Dewi (lahir di Batam, Kepulauan Riau, 13 Januari 1989; umur 28 tahun) adalah seorang pemeran Indonesia yang memerankan tokoh Anna dalam film Ketika Cinta Bertasbih. Oki lahir dari pasangan berdarah Jawa-Palembang, Suliyanto dan Yunifah Lismawati. Sejak usia 16 tahun, Oki telah merantau ke Jawa dan menetap di Depok. Alumni SMA Negeri 1 Depok ini kemudian kuliah di Universitas Indonesia jurusan Sastra Belanda pada tahun 2007 dan lulus pada 2012.[1] Oki sempat bermain di beberapa FTV sebelum akhirnya memutuskan untuk berjilbab pada tahun 2005. Kariernya di dunia seni peran sempat terhenti, sebelum akhirnya memerankan karakter utama perempuan dalam cerita Ketika Cinta Bertasbih.

Sumber : Wikipedia

Tapi sesiapa pon dia, memang memberi inspirasi pada aku, memberi motivasi diri aku untuk jadi lebih baik. Dakwah cara penceritaan dia tu memang memberi kesan pada diri. Aku percaya korang yang tengok video dia, akan rasa yang sama macam yang aku rasa.


Nah! boleh tengok video ni. Kisah cinta sepasang suami isteri yang diuji. Apa ceritanya? Kenalah tengok. Hayati. Dan pasti korang akan nak buat yang terbaik untuk pasangan korang.
 



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com