SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

Bagaimana ia bermula (Part 2)

/
2 Comments
Kesedaran hadir pada tahun 2015.

Perasaan tu macam orang dapat "hidayah". Takde benda atau perkara yang mendorong pon. Nak kata masa awal tu obses nak kurus pun takde lah jugak. Enjoy dengan food tu adal lah. Lagi-lagi kalau dapat ngadap makan favourite. Huuuhhh iman masa tu lari entah ke mana perginya. 

Ok! back to the topic, Saat tu dengan tiba-tiba je rasa "eemm nak diet lah". Haaa cenggitu rasanya.

 
Simpati je tengok diri sendiri yang dulu. Rasa bersalah dengan diri. 😔😭

Diet Atkins

Jadi masa tu aku ternampak 1 pages kat facebook. Kelab Diet Atkins (KDA). Sebelum ni pernah je ada orang sebut diet atkins, diet atkins, diet atkins. Tapi apa benda Atkins  tu pon aku tak tahu. Almaklum malas nak google cari info bagai.

Tapi dalam malas-malas tu pon sempat gak la  cari info sikit. Info secara kasar yang aku dapat tentang diet atkins ni:

  1. Tak makan nasi
  2. Tak makan roti
  3. Tak makan mee, kuew teaw, spaghetti, mihun (padahal ni semua favourite)😭
  4. No biskut jugak
  5. No air manis
Yang aku makan pagi, tengahari, malam adalah Telur. Memandangkan aku memang suka telur, so takde masalah lah aku nak makan. Sebab dari info yang aku dapat, ada yang kata "tak larat nak telan telur hari-hari" tapi aku ok je. Depends atas masing-masing. Tengahari aku bedal lauk je. 

P/S: Aku tak amalkan diet atkins secara berdisiplin ye. Cheat tu jangan cakap lah. Sokmo cheat. Jadi jangan ikut cara aku. Better korang yang nak amalkan tu cari info yang betul. Sebab tu penurunan aku ni makan masa.  Lambat dari testimoni orang lain yang buat atkins juga. 

Aku berada dalam fasa 1 untuk diet atkin ni agak lama. Kalau ikut betul-betul atkins fasa 1 tempoh biasa 2 minggu sahaja. 

(Atkins dia ada 4 fasa. Apa fasa nya hang pa google naaa 😜 & apa function bagi setiap fasa tu hang pa cari tau. Rajin-rajin kan lah diri anda untuk meng 'google' ok)

Adalah dalam 2-3 kali gak aku dok mulakan diet atkin fasa 1 ni. Sebab aku sendiri tak tau bila actually masa yang sesuai untuk aku bertukar ke fasa yang seterusnya.

Jadi aku keep maintain buat fasa 1 sampai aku rasa puas. Sehingga lah dalam bulan 7@8 tahun 2016 baru aku betul faham atkin fasa 1 ni, then baru lah aku mula berjinak dengan aktiviti gym.

Sambung....







You may also like

2 comments:

  1. Serius nampak perubahan sangat2 la sayang. teruskan lagi.. chaiyok!!!

    ReplyDelete
  2. Echa pun penah try atkins ni!! Fasa 1 tahan seminggu je. Muak betul mkn telur hari2. Tp berat bdn cepat turun. Cheat tak pyg ckp lah. Tak miss pun benda tu hahaha!

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com