ANGAN-ANGAN MENJADI KENYATAAN | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Saturday, April 22

ANGAN-ANGAN MENJADI KENYATAAN







Aku ni official nya memang lah suka sangat-sangat "verangan". Eventhough "verangan" itu not nice habit orang kata. Tapi berangan itu terjadi bila kita tak yakin sesuatu itu akan kita miliki. Haaaaa..!! Dramatic tak statement tu. So untuk rasa seolah-olah kita boleh dapat apa yang kita impikan, berangan lah jawabnya. 


Tapi better jangan jadi habit sangat lah. Tak elok untuk kesihatan mental dan otak. Kang penuh dok berangan je, satu apa pon tak jadi.  

Actually aku sendiri pon tak tahu apa perangai dan diri aku sebenar. Kejap nak jadi macam itu. Kejap nak jadi macam ni. Kejap suka tu. Kejap suka ni. Dan kalau aku suka kan sesuatu pon, aku bukan jenis yang terlalu obses. Cukup sekadar "Suka pulak aku warna ni" "eh! Cantik nya baju ni" haaa cenggitu lah.

Princess.

I love princess. Macam Disney princess tu. Yang ada cinderella, snow white, sleeping beauty. Dan aku sukaaaa sangat dengan Sleeping Beauty! Entah lah. Tak tau kenapa aku suka. Tapi memang aku suka!! Admire sangat. Dan aku selalu terbayang aku nak kelihatan seperti Princess one day. Dan I look so sweet! 

At last!!! 

 




Akhirnya tertunai juga aku nak tengok diri aku bak princess. Walaupun tak macam princess Aurora, tapi aku sangat-sangat puas hati. 

Uish!! Boleh tahan mencabar gak la nak cari matching tudung, vail, dengan baju yang aku nak pakai tu. Sebab baju aku tu bukan exactly pink sangat. Dia macam pink purple gitu. Dah jenuh nak cari shawl tak match. Nak match dengan bunga, pelamin lagi. Masa deal dengan pelamin aku just sebut nak pink sweet. Tapi still was-was gak masa tu. 

Aahhhh!! Lantak la. Confident je. Ok kot. Mana tak nya pelamin tu aku request ikut apa yang aku nak. Bukan yang pernah diorang buat dlu. So contoh gambar macam yang aku nak memang takdelah jawabnya. Jadi aku tak dapat nak comparekan sesuai tak dengan baju yang aku nak pakai nanti. 

Masa beli vail dengan shawl pulak lagi haruuu. Beli tak bawak baju. Main agak-agak je colornya. Sampai rumah. Haaa ambikk, dah macam belacan je aku tengok. Awal-awal tu memang give up lah. Rasa menyesal pulak pilik color baju tu. Tapi semangat nak juga macam princess so redah je lah! Apa lagi.

 

Di sebabkan semangat princess berkobar-kobar, aku request nak tag ala-ala princess gak. Warna of course pink sweet la. 

 

Aku bukan lah nak menunjuk apa yang aku buat. Sebab aku dulu bukan aku yang sekarang. Aku dulu terlalu merendah diri dengan kekurangan diri aku. Aku rasa aku tak layak untuk jadi seperti yang lain. Tapi setiap manusia itu ada peluang di beri. Peluang itu datang bila diri kita dah bersedia untuk level seterusnya. Dan peluang datang bila kekuatan fizikal dan mental itu dah mula kukuh. 

So? I grap the chances! 


7 comments:

  1. Alhamdulillah, cantik baju awak

    ReplyDelete
  2. Tahniah dan teruskan menjadi diri sendiri,
    Suka baca entry ni. btw, singgah dan follow sini ya.
    Happy engagement!
    Salam perkenalan, jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah sayang! Tiap-tiap tahun mak buat resolusi nak kurus, tapi mak tak ada kekuatan lagi.

    #TheRealBloggerMak

    ReplyDelete
  4. Ciptaan Allah semuanya cantik.. takde yang kurangnya... Cantik tak cantik tu hanya pandangan luaran mata manusia...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com