HIDUP SEBAGAI PENYEWA | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Thursday, March 16

HIDUP SEBAGAI PENYEWA

Assalamualaikum....

Mata tak boleh nak lelap. (padahal dah terlelap dah tadi pon. Dok terjaga pulak. Sudahnya segar pulak mata kita ni) Sudahnya rasa nak menaip kat sini. Kita cot! cet! sat la naa. Hang pa rajin mai la sat baca sini. 

Hahahaha...

Menggediks sungguh nak berloghat sekarang ni. Tapi I all tetap bangga menggunakan bahasa Selangor. Oppsss!! sebab kita orang selangor la. So should be proud. Tak terikat nak cakap loghat apa. Semua boleh guna. 

Anyway dah hampir 2 minggu aku menyewa diluar. Oleh kerana beberapa kekangan yang tak dapat dielakkan, aku perlu juga memilih untuk menyewa. Terpaksa aku berjauhan dengan Ibu dan adik2 dirumah. Memberi tanggungjawab pada si Adik untuk jaga ibu dan rumah sementara aku menyewa di Putrajaya ni. 

Tapi weekends aku akan pastikan aku perlu balik tengok Ibu dan adik-adik. Cuba mendidik diri aku dengan rasa bertanggungjawab kepada keluarga. Hello... walaupun umur dah 29tahun, ada masa kadang aku terlalai. Almaklumlah aku ni manusia biasa. Kesilapan tu pasti akan berlaku pada aku yang bernama manusia ni. 

Tetapi....

Itu bukan lah lesen untuk kau stick melakukan segala bentuk kesilapan demi menegakkan statement "Kau adalah manusia biasa". Jangan terlupa kau manusia yang dikurniakan AKAL. Jadi kau perlu pandai menggunakan akal untuk menilai dan belajar memilih dalam membentuk dan lakukan kebaikan.

So, pengalaman menyewa untuk pertama kalinya sewaktu umur 29tahun ni, Adakah ianya terlewat? Sebagai seorang remaja (still remaja ok even umur 29tahun) untuk mengajar diri berdikari. Berdikari dalam segala hal. 

Fuhhhh!! ia agak nervous actually. 

Yup!! Nervous. Kenapa?

Pertama ... aku tak pernah duduk berjauhan dengan family. Except masa aku belajar diploma. Itu pon sebab belajar. Perlu duduk hostel. Masa degree tempat belajar dekat dengan rumah. Ulang alik je. 

Tapi sekarang Klang ke Putrajaya. Sakit dari segi kos. Mana duit tol nya..minyak nya. saving lagi.. Dan ketakutan kedua adalah aku takut solution aku menyewa ni takkan dapat membantu aku untuk minimize kan kos kewangan aku. Paling risau. Aku tak nak pilihan aku ni sebenarnya menambah beban. Bukan membantu.

Tapi aku tetap mencuba. Tak buat aku tak tau impactnya. Jadi aku perlu cuba. Dah buat...baru la aku bole belajar. Apa yang aku boleh do dan don't. 

Senang citer, bila dah pilih menyewa ni aku dah meletakkan segala keputusan apa yang aku nak buat semua atas tangan sendiri. Pilihan itu betul atau tak semua keputusan sendiri. 

Dia kira macam amaran yang aku perlu ingat "Jangan salah buat pilihan. Buruk padahnya" haaaa gitu. Untuk apa-apa hal lah. Bab duit ke. Masa ke. Semua lah. Cuma aku percaya pada satu perkara. Bila dalam keadaan macam ni, ALLAH jangan sekali lupa. Even kita bukan perfect. Ibadah kadang ada tersasar. Tapi kena selalu ingatkan diri keep stay on track. In Shaa ALLAH urusan kita DIA akan permudahkan segalanya. 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com