SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

HADAPI DULU. JANGAN JUDGE TERUS.

/
2 Comments


Sebelum ni aku ada masalah dengan tempat kerja.

Itu tak kena.

Ini tak kena.

Dah semua orang aku judge sama.

Dok fikir semua tak suka aku.

Termasuk dengan Bos-bos sekali aku fikir macam.

Sampai satu masa aku rasa stress nak datang kerja.

Nak menghadap manusia dalam pejabat aku ni.

Mereka, yang mungkin sebegitu memang takkan berubahnye la.

Yang dengki memang akan terus berperangai macam tu.

Yang suka show off depan bos pulak akan terus berdrama selagi mereka rasa orang tak nampak mereka.

Diorang memang takkan berubah. So yang perlu berubah itu adalah aku.

Aku memang takkan boleh untuk ubah keadaan. Tapi cara aku mengawal situasi itu boleh ubah keadaan tersebut.

Macam mana aku buat? Aku layan kan je apa yang aku hadapi masa tu. 

Sebelum ni emosi aku menolak untuk terima keadaan tersebut. Tapi now aku terima. Aku face masalah tu. Aku biarkan diri aku serap keserabutan tersebut. 

Bila dah serap, aku latih diri aku untuk jangan pernah ada rasa untuk ter'effect' dengan masalah tu.

Aku biarkan diri aku untuk rasa terbiasa dengan masalah tersebut.

Walaupun tidak 100% aku dapat hadam. Tetapi at last aku bole lawan semua. Dan menjadikan aku untuk takde perasaan dengan masalah tersebut.

So, aku rasa korang kat luar boleh apply cara aku ni. Seriously!!! 


You may also like

2 comments:

  1. yg penting kena positif..sebab mana2 tempat kerja pun memang ada org2 yg mcm ni

    ReplyDelete
  2. hi,saya datang singgah sambil follow sini :) #933

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com