KELOMPOK KERJA | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Wednesday, August 19

KELOMPOK KERJA


Bila orang tak pakar tapi nak berbicara tentang bidang yang memerlukan kepakaran adalah sangat pelik. Tapi apa kan daya, aku nak juga menyusun abjad nak bercerita. 

Lain tempat kerja, lain situasi nya. Lain tempat kerja, lain la juga perangai makhluk-makhluk didalamnya. Cara orang, perangai orang bukan kita boleh ubah. Nak pulak bila kita ni baru je masuk dalam sesuatu organisasi yang dah diduduki mereka yang dah bertahun-tahun lamanya. 

So kau rasa kau nak ubah habit diorang? Memang tak lah kan.

Masa mula-mula masuk 'everything is ok'
Diorang kata A, kau pon A lah.
Diorang kata P, kau pon P lah.

Lepas tu sampai la satu saat dimana untuk sekali dua kau tak sekata, seiring, senada dengan diorang. Haaaa masa tu kau tengok la perangai sorang-sorang. Yang ok tu ok la kan. Yang tak ok ni. Kau rasa? 

Lagi satu. Hipokrit dan Talam Dua Muka. Banyakkkkk... 
Bila mereka bertanya seolah mengambil berat, jangan la terus 'expect' mereka sangat alert dengan kita. Actually not! 

Bila jumpa dan dok ghalik bercerita, haaa masa tu akan terkeluar lah topik tentang kita yang mana selama ni mereka dok bual-bual kan. Masa tu baru la kita realize yang 

"Ok! korang cakap tentang aku"

Mana tak nya bila dah dok kata 'selama ni dok perhati je tindak tanduk kita, means selama ni memang dok cakap topik tentang diri kita la kan.

AKAN TETAPI,

Walaupon secara kasarnya nampak mereka seperti salah, tapi sebenarnya solution itu perlu datang pada kita. 

Kita perlu letak effort untuk kenal siapa mereka. Kenal means bukan kena tahu background mereka semua. Tapi kita kena tahu dengan siapa kita bekerja. 

Lagi satu JADI DIRI SENDIRI. Contoh lah kalau kau bukan jenis yang suka merayap tempat orang, lepastu borak-borak kosong pon bukan cara kau, so be it la. Tetap dengan cara diri kita. Bercakap, berjumpa bila perlu.

Mula-mula tu memang diorang akan sebok hal kau. Tapi percayalah lama-lama diorang pon penat dengan apa yang diorang buat. So kau boleh terus dengan kerja kau dan fokus.

INI ADALAH KISAH AKU.

Yup! 


2 comments:

  1. I like.. and I setuju sesangat..
    pls follow back... www.mieranadhirah.com

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com