SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

DUGAAN RAMADHAN DUA KERETA KENA TOWING DALAM 1 HARI

/
1 Comments

Dugaan Ramadhan....

Itu je la ungkapan yang aku mampu lafazkan bila dalam 1 hari 2 masalah datang pada waktu yang sama. 

Cik KEMBARA:
 
Pada mulanya kereta aku yang bermasalah. Aku tak tahu nak cakap apa masalahnya kereta aku ni, yang bole aku ringkaskan bila kita tekan pedal minyak, gear lansung tak masuk. Bila kita terus tekan minyak untuk tambah kelajuan, jarum meter tu makin lama menurun dengan sendirinya. Ibarat kita tekan minyak time kereta dalam mood P dan hand break tak di turunkan. Haaa macam tu la keadaan kereta aku masa tengah on the road.  

Untuk pengetahuan korang, ini adalah pengalaman pertama aku hadapi situasi macam ni. Dah la perempuan. Pasal kereta 1 apa pon tak tau. Bila kena macam ni, neves la yang membelungi diri. Sementara tunggu pertolongan, Alhamdulillah... ada kawan pejabat sanggup tolong and teman kan sampai buka kat tepi jalan tu. Thanks kawan!

Solution nya nak tak nak aku terpaksa menggunakan khidmat towing untuk menarik kereta aku dari PUTRAJAYA ke KLANG. Korang rasa berapa bil cas yang mereka kena kan?

RM250! 

Pehhhh,, dengar je dah kemut isi perut aku. Fuhhh.. banyak tu woooo! No choice! so aku perlu jugak la bayar. Bukan setakat nak dok fikir kos towing tu, tapi tu haaaa pasal nak repair gear box. Ya Allah ... peningnya mak nak....

NAZA CITRA ibu:

So bila kereta aku dah kena tarik, ibu la yang akan bertanggungjawab dalam mengambil aku dari KLANG-PUTRAJAYA - KLANG semula. Bila sampai half way nak ke area kawasan rumah aku di TOL SUNGAI RASAU (yang duduk klang of coz tau tempat ni) kereta ibu aku pulak tiba-tiba berasap dan mati sendirinya. 

Kami yang kat dalam kereta ni jadi KRIK! KRIK! sekejap. Oooookkkkk.. jangan kata kereta ibu aku pon perlu di tarik dengan towing gak. Korang nak tau kenapa? Generator air ibu aku pulak bocor. Temperature bapak tinggi. memang tak boleh nak buat apa la kan. Nak tak nak kena call pomen ibu aku si Abang Amy tu soh datang situ and juga Abang Towing.

Nak pasrah ke atau nak redha ke, apa-apa pun inilah Cerita Ramadhan dan Dugaan Ramadhan. Hanya Allah tahu bagi setiap apa yang berlaku.




You may also like

1 comment:

  1. kesiannya..dugaan betul lah.nasib baik tak jadi apa-apa.selamat berpuasa!

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com