SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

ABAM DELL

/
0 Comments
Assalammualaikum .....

First sekali bukak je blog tadi tengok Pageview hampehhh. Statistik turun habaq hanggg. Menjunam bagai eerr... apa pepatah nak cakap ek? Ngeee nak berbahasa macam pakar bahasa tapi hampeh, drama je lebih aku ni. Sebelum ni ingat lepas habis waktu kerja boleh la agaknya aku nak singgah update apa-apa story kat blog ni. Tapi sememangnya aku tidak mampu membahagikan masa untuk melakukan 2 kerja dalam 1 masa. 

Itu adalah salah satu alasan aku kenapa blog aku diam je dalam jangka masa yang lama tanpa sebarang posting yang selama ni hidup dalam blog aku. Yang kedua nya seperti yang aku post dalam IG aku (pada yang tak folow lagi IG aku better follow cepat sebelum aku meroyan. ID aku ATIKAH NORBAKI) Cik Princess aku tak berapa nak sihat.

Almaklumlah dia dah lama berkhidmat untuk aku. Since aku degree lagi. Lama woooo... ada dalam 3 tahun. Last format pon aku tak ingat bila. Jadi dia agak demam untuk masa sekarang ni. 


Jadi aku membuat keputusan untuk mencari kawan si Cik Princess, jadi boleh dia berkenalan kan. Oleh itu Abam Dell memunculkan diri nya sebagai pengganti. Ok Abam Dell ni bukan generasi X ye. Dia kira orang lama. Otai Masih Berbisa kata kauuu. Cik Princess tu macam bebudak perangai nya. Jadi aku carikan pasangan yang matured untuk dia. Kehkehkeh sembang lebih je aku ni.

Jadi ini la Abam Dell ye semua.




You may also like

No comments:

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com