DI MANA KEADILAN? | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Sunday, April 19

DI MANA KEADILAN?

Kenapa mereka mudah je terlepas dari pembalasan?

Kenapa mereka dengan mudahnya hidup bahagia selepas mereka meragut kebahagiaan orang lain demi kepentingan diri sendiri?

Sakitnya kami rasa sehingga sekarang. Belum sempat reda kesedihan kejadian yang sama berulang kembali. Kejam sungguh manusia.

Bila dihadapan nampak mulia. Nampak suci. Nampak innocent. Segala jenis kemuliaan semua ada pada mereka. Pijak semut pun tak mati. Kenapa mereka yang disekeliling tak nampak yang kami ini teraniaya? Kenapa tiada seorang dari mereka yang mengenali diri kami datang dan membela kami?

Sedangkan si pelaku sedang berketawa. Bergembira. Bercerita tentang itu dan ini dan tentulah mereka sedang bangga berlakon 'drama' yang penuh dengan babak-babak hipokrit tahap dewa. Jika dunia tiada undang-undang, agama tiada hukum pahala dan dosa. Aku rasa tiada hayat lagi si pelaku untuk terus bernafas.

Pada saat getir ini iman aku dan juga mereka yang merasakan seperti yang aku rasakan sekarang adalah sangat-sangat teruji dengan penganiyaan mereka-mereka yang terlibat. Kerana mereka, kedua insan yang aku sayang pergi buat selamanya. Ya aku tahu itu adalah takdir, qadar dan qadar Allah. Tapi aku perlukan keadilan buat mereka.

Aku tahu insan-insan yang aku sayang sekarang ini sedang bahagia berada di alam kekal. Berada di bawah jagaan Allah sepanjang masa. Tapi bila aku fikirkan saat hayat mereka sebelum ini, terbayang raut wajah mereka, tenungan mata mereka, kesengsaraan mereka, ALLAHURABBI......... hanya Allah tahu ketebalan rasa marah yang ada dalam hati aku.

Ya Allah.... Kau Maha Mendengar. Kau Maha Mengetahui. Kau Maha yang Melaksanakan. Kau tempat aku bergantung harap. Kau Maha Berkuasa. Kami 100% mengaharap pada Kau Ya Allah. Berikan lah keadilan kepada kami. Pembelaan kepada kami. Demi 'mereka' Ya Allah. 


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com