SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

FOKUS

/
0 Comments
Since aku mula kerja dalam sektor kerajaan ni aku perasan yang fokus aku adalah 200/100 lebih dari pengalaman kerja aku yang sebelum ini. Mungkin kerana aku dah mula rasa yang aku sekarang kerja bukan untuk shorterm. Tapi adalah long term. Dulu mungkin lah aku rasa tak suka je berhenti. Tukar kerja lain. Ada masalah sikit je berhenti dan cari kerja lain. Jujurlah dulu even dapat peluang kerja pun aku rasa macam main-main je.

Mungkin kerana faktor-faktor seperti umur, tanggungjawab pada keluarga, perancangan masa depan, dan aku bukan lah lagi remaja macam zaman belajar dulu (tapi dalaman maintain remaja hookkayy) yang banyak main je dan fikir senang untuk dapat kerja lain kalau tak sesuai dengan kerja sekarang. Tapi sekarang fikiran aku bukan lagi macam tu.

Fokus! Fokus! Fokus!

Walaupon banyak perkara yang mungkin kita fikir dalam 1 masa yang sama, tapi bila kita tahu kita ada komitmen yang perlu kita fikirkan. Selari dengan kedewasaan umur dan diri. Perkara ni akan jadi secara tanpa kita sedar. So automatiknya kita akan FOKUS. 

Dan setiap hari akan ada saja pelajaran yang baru untuk kita terapkan dalam diri. Ok! time out! Bye!


You may also like

No comments:

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com