TAHUN 2015 SEMAKIN HAMPIR | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Sunday, December 21

TAHUN 2015 SEMAKIN HAMPIR

Tahun 2015 Semakin Hampir| Sambil-sambil aku menikmati Teh Panas di kala hujan sedang turun membasahi bumi kini... sempat jugak aku menjeling kejap kat kalendar atas almari buku aku. Hmmm..satt.. aku kira jap ye...

Kira..kira..kira..dan kira...Mengikut pengiraan dari kalendar di bilik aku ni, lebih kurang 10 hari lagi kita semua akan melangkah ke tahun berikut nya. 2015. 
Whaattttttt???!!!
Yeeaahhhhh!!! ATIIKAH!!! Tahun 2015 akan menjelma tak lama lagi. Ooohhh nooo...Kerisauan aku makin  bertambah-tambah.

- Umur bertambah 26 to 27 tahun. OOhhh ok..makin berusia nampak gayanya. Bila bertambah umur..makin bertambah cabaran hidup aku. Bersedia kah aku?
- Kawan-kawan sebaya dah bertunang..berkahwin..ada anak.. and me?? ok! dont like this kind of situation. Nevermind. Allah dah plan cantik untuk aku akan datang. Mungkin ada yang Allah nak aku full fill dulu. Family? Ya..Family... Aku kena jaga Ibu..adik-adik aku dulu. Sebab tanggungjawab aku belum sempurna lagi. Tapi buah hati dah ada dah. 

Errrr siapa?? Hehehe rahsia.. *sambung minum air teh panas tadi... hhmm dah sejuk dah pulakkk

Lepas tu..tunggu surat tawaran kerja kerajaan. Untuk kerjaya masa depan la katakan. Tapi... lama nya pulak nak dapat surat penempatan. Tahun baru dah nak masuk dah ni. Wahai SPA... cepat laaa hantar surat tawaran hang pa kat aku ni. Awat la lama sangat. Nanti last minute persediaan kang susah aku pulak. Haiisshhh.


Walau apa pon, berada di tahun mana sekalipun yang penting kita happy dengan kehidupan kita. Tak salah untuk ada rasa risau. Rasa gundah. Rasa resah. Atau apa-apa saja lah rasa yang kita ada sekarang. Ianya adalah sesuatu yang normal untuk kita sebagai manusia. Mana ada manusia yang tak pernah terfikir untuk kesempurnaan dalam kehidupan masing-masing betul tak?

Bagi aku bila kita mula risau akan ketidak cukupan sesuatu dalam hidup kita, bermakna kita adalah manusia normal. Otak kita masih lagi befungsi dengan betul. Kita nampak yang mana kurangnya pada diri kita. Bila kita tahu ada kekurangan, automatik kita akan cari pelengkap untuk kekurangan tersebut.

Untuk sekarang ini aku tak nak cerita tentang azam. Actually azam itu adalah penting. Aku akui bila kita tak meletakkan sesuatu azam untuk kita capai, ibarat hidup kita ini tak ada guideline yang kita boleh fokuskan. Set azam itu mudah. Tapi untuk mencapai suatu azam itu bukan lah semudah. Tapi mungkin juga mudah pada mereka yang benar-benar fokus. 

Tapi kalau yang set azam macam aku niii.. ibarat macam muka sengeh kat bawah ni lah!


Senyum Kambing je lah jawabnya

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com