LAMAN WEB INTERAKTIF BARU DARI DISNEY JUNIOR PIRATE AND PRINCESS: POWER OF DOING GOOD | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Tuesday, December 23

LAMAN WEB INTERAKTIF BARU DARI DISNEY JUNIOR PIRATE AND PRINCESS: POWER OF DOING GOOD

 Pirate and Princess: Power of Doing Good| Laman web berinteraktif baru dari Disney Junior khas untuk mendidik kanak-kanak masa kini dengan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian mereka.

Sesuai lah dengan peribahasa yang kita ketahui "Melentur Buluh, Biarlah Dari Rebung nya" sangat sesuai untuk kita jadikan sandaran dalam mendidik anak-anak dengan nilai murni kehidupan.

Kempen Pirate and Princess: Power of Doing Good Disney Junior bertujuan memperkenalkan kepada kanak-kanak yang berusia antara 2-7 tahun idea dan nilai-nilai cinta terhadap - alam semulajadi, haiwan dan saling bantu-membantu. Kempen ini juga akan memperkasakan kanak-kanak prasekolah untuk turut serta dalam aktiviti sukarela yang digalakan ibubapa dan disokong oleh masyarakat.  

Kalau kita tengok dari berita-berita tersebar kini, ada saja topik atau cerita yang menunjukkan tentang kekejaman manusia terhadap haiwan, kes penderaan terhadap kanak-kanak, dan macam-macam lagi penyebaran berita yang tiada nilai-nilai murni sebagai seorang manusia. Jadi takkan kita nak biarkan generasi muda kini terutama kanak-kanak terdedah dengan sifat negatif sebegini. Sudah tentu kita sebagai dewasa dan Ibu Bapa nak kan mereka jadi yang lebih baik untuk masa akan datang. Betul tak?

Kempen Power of Doing Good di Disney Junior memperkasakan kanak-kanak dan keluarga mereka dengan maklumat dan peluang untuk bekerjasama dengan kawan-kawan, keluarga dan komuniti mereka untuk meninggalkan kesan positif kepada alam sekitar mereka.


Watak popular Disney Junior Jake (dari Jake and the Never Land Pirates) dan Sofia (dari Sofia the First) akan menjemput kanak-kanak dalam pengembaraan yang memperkasakan diri melalui kempen Power of Doing Good.

Dengan pemilihan watak Pirate dan Princess dalam kempen anjuran Disney Junior ini di harap kekuatan cerita dan watak boleh memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk membayangkan dunia yang lebih baik dan membantu mereka memahami, melalui setiap langkah prihatin terhadap persekitaran dan komuniti, yang mereka berpotensi membuat perubahan positif terhadap dunia ini.

Bagi merialisasikan kempen ini kepada kanak-kanak ,Ibu bapa perlu lawati dan  memuat turun senarai aktiviti-aktiviti menyeronokkan dari laman web:

www.disneyjuniorpowerofdoinggood.com

Nilai murni yang akan di berikan kepada kanak-kanak ini berasas dari empat tema iaitu Komuniti, Haiwan, Alam Sekitar dan Penceritaan. Sijil dan lencana penghargaan online akan diberikan kepada kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti di dalam laman web tersebut.






No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com