DRAMA AKSI "SELUDUP" DISEMBER INI DI ASTRO PRIMA & MAYA HD | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Wednesday, December 3

DRAMA AKSI "SELUDUP" DISEMBER INI DI ASTRO PRIMA & MAYA HD


Assalamualaikum semua. Ok ni aku nak share hebahan pada korang semua berkenaan Drama aksi Seludup yang akan mula di tayangkan pada 4 Disember 2014 setiap Khamis jam 9.30 malam di channel Astro Prima 105 dan Astro Maya HD pula akan mula ditayangkan pada 6 Disember 2014 pada setiap Sabtu jam 6 petang.

Pada 20 November 2014 yang lalu bertempat di TGV ONE UTAMA, Kuala Lumpur aku dan rakan blogger telah menghadiri Tayangan Perdana Drama Seludup yang di arahkan oleh pengarah baru dan yang juga turut berlakon dalam drama aksi ini iaitu Jehan Miskin. Setelah beberapa hebahan bermula dari press release bagi memperkenalkan drama Seludup ini, pencarian bakat baru untuk di serapkan dalam drama Seludup melalui  contest Masuk Drama Seludup, dan akhirnya selesai juga pembikinan drama aksi 13 episod ini.

Selepas tayangan perdana episod 1 dan 2 bagi drama Seludup tempoh hari, aku tak sangka yang pelakon hebat seperti Jihan Miskin ini mampu menghasilkan drama yang pada aku setaraf dengan pengarah muda lain seperti Syamsul Yusof dan Farid Kamil. Pemilihan pelakon seperti Namron dan pelakon utama Pekin Ibrahim sebagai tonggak dalam drama Seludup tersebut yang menjadikan cerita aksi ini nampak real. Mungkin kerana kedua- dua pelakon ini berpengalaman dalam  melakonkan filem aksi seperti ini. Masa preview hari tu aku dah rasa macam tengok filem sebenarnya. Bukan lagi sebagai taraf drama. Dan tak sabar rasanya nak tonton sambungan episod ke 3 pulak. Next episod ni pastinya lebih mendebarkan. Nak tahu kenapa?? Haaa... kena la tengok!! Heeee...

Macam kita semua tahu aktiviti Penyeludupan atau Seludup ni memang berlaku pon dalam negara kita. Penjenayah atau kepala kepada dalang aktiviti ni 'pandai' dalam menjalankan aktiviti ini secara senyap dan tersembunyi. Dan antara aktiviti yang mereka lakukan dan bagaimana aktiviti itu berjalan semua anda boleh tahu menerusi Drama Seludup ini nanti.

Jadi set masa anda semua:

Setiap Khamis - bermula 4/12/2014 - Jam 9.30 malam

Dan

Setiap Sabtu - bermula 6/12/2014 - Jam 6 petang

Saksikan drama SELUDUP " Jenayah Tersembunyi".


Sinopsis drama Seludup:

Amran (Pekin Ibrahim), 25, merupakan seorang nelayan dan usahawan muda di Teluk Permata, sebuah perkampungan nelayan di  Pantai Barat Malaysia. Beliau amat di hormati oleh orang kampung lain dan memiliki staf serta bot-bot sendiri.

Amran mendapat tahu bahawa sekumpulan penyeludup kini mengupah nelayan kampung untuk menyeludup rokok, minuman keras dan manusia ke dalam negara.

Walaupon berdepan dengan bahaya, Amran bertekad untuk menghalang gejala ini, dan menyelamatkan kampungnya sebelum lebih menjadi mangsa. 


Untuk informasi terkini berkenaan SELUDUP:


1 comment:

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com