BERHATI-HATI DENGAN SINDIKET TARIK KERETA | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Sunday, December 21

BERHATI-HATI DENGAN SINDIKET TARIK KERETA




Sindiket Tarik Kereta| Kejadian ini betul- betul berlaku pada ahli keluarga aku sendiri. Jadi aku rasa aku nak share dalam blog aku ini supaya mereka yang di luar sana terutama yang rasa payment bayaran bulanan ada tertangguh dalam 2 ke 3 bulan, better sentiasa berhati-hati. Kalau u all semua di datangi oleh beberapa orang yang mendakwa ingin menarik kereta tanpa mempamirkan sebarang surat atau notice dari pihak bank  terus buat laporan polis serta merta atau untuk lebih sahih contact terus bank untuk dapatkan pengesahan.

Macam mana boleh berlaku? Tempoh hari adik aku whatsapp bagi tahu yang ada orang tarik kereta jumpa dia bagi tahu nak tarik kereta dia. Padahal adik aku tertunggak untuk dua bulan je. Normally pihak bank akan hantar surat dalam tempoh 3 bulan bila tak settle kan lagi bayaran.


Kejadian ni berlaku sekitar area Jalan Tengku Abdul Rahman. Masa tu adik aku dia nak withdraw duit dia dekat CIMB area sana. Then dia di datangi 3 lelaki india yang mendakwa nak tarik kereta adik. Tapi before dia nak cakap dengan adik, dia siap soh adik cakap kat tempat lain. Tak nak depan bank tu. Katanya nanti bank akan minta surat la apa la...




Lepas dapat tahu perkara ni jadi kat adik aku, aku terus minta ibu aku call kan bahagian bank terus untuk tanya betul ke bank dah hantar orang tarik kereta adik. Then aku soh ibu tanyakan jugak apa prosuder pihak bank untuk nak tarik kereta. Dan bila dah call memang sah bank tak ada hantar mana-mana pihak untuk tarik kereta adik aku. 

Biasanya pihak bank memang akan keluarkan surat dulu before kereta mereka tarik. Dan situasi apa yang berlaku pada keluarga aku tu sebenarnya dah banyak kali berlaku. Agen tarik kereta ni mereka nak mencuba nasih untuk tahan dan dapatkan duit penyelesaian sekiranya mangsa tak mahu kereta di tarik. Macam family aku kena ni dia siap dah bayar RM180. Walaupon dah bayar kat orang tu, belum pasti jamin keselamatan dia kat luar sana. Aku risau sangat. Cuma yang aku pelik, kalau pihak bank dah tahu perkara macam ni memang pernah terjadi, takkan tak ada apa-apa tindakan untuk banteras.

Aku rasa mereka ni target owner kereta yang muda-muda. Yela sebab mereka takde pengalaman handle situasa macam tu. Lagi-lagi mangsa yang mereka aim tu perempuan. So tumbuh tanduk lah mereka kena kan kaww!! Kaww!!

Jika benar taktik tarik kereta ini dah berleluasa, apa tindakan pihak atasan akan buat demi keselamatan kita?? So aku nak ingat kan owner kenderaan semua..exspecial perempauan dan yang muda-muda belaka ini..make sure kalau korang rasa korang memang ada tertunda bayar kereta, berhati-hati. Jangan terpedaya dengan sindiket tarik kereta ini. Minta apa-apa saja approve bagi menunjukkan mereka mewakili pihak bank. Kalau rasa was- was please call polis dan bank. 

Berhati-hati ye semua. 



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com