REWARD DIRI SENDIRI | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Friday, November 21

REWARD DIRI SENDIRI


Pernah tak korang rasa nak beli sesuatu untuk diri korang? Pernah tak korang rasa nak pergi bercuti untuk tenangkan fikiran? Pernah tak korang rasa nak makan sesuatu yang special? 

Mungkin orang akan nampak macam 'tu kehendak ko je' tak pun orang akan kata 'nafsu tu' dan ada yang mungkin kata 'hasrat' , 'keinginan' dan macam-macam la orang akan kata selagi ianya bole memberikan maksud yang seangkatan dengan nya.

Apa pon tafsiran dan fikiran setiap orang tentang 'keinginan' setiap diri kita, bagi aku ia bukan sesuatu yang salah. Kau nak spend banyak ke, sikit ke terpulang. Pada aku, aku panggil itu sebagai self reward!

Spend RM27.05 untuk Prown Macaroni dan Ice Lemon Tea untuk diri sendiri.

Antara perkara yang indah dalam hidup kita, adalah bila kita mampu membahagiakan diri kita sama seperti kita bahagia kan orang sekeliling kita. Atau mungkin lebih. Tak kisah lah perkara yang korang buat untuk diri sendiri tu mungkin tak sehebat mana dan sebesar mana. Tapi percaya lah kesan nya pada diri korang adalah sangat besar impact nya. 

Ingat, diri kita juga manusia. Ada masa tension. Ada masa letih. Ada masa entah apa-apa mood nya. Kalau yang bekerja, of course penat tu jangan cakap lah. Yang belajar pulak, stress dengan study, assignment. So cara kita nak menghargai diri kita adalah, dengan reward je lah. Self reward ni adalah terapi yang sangat berguna yang adakala nya kita sendiri pandang remeh. Kesan nya perkara ni akan build up semangat diri korang 200%.

Hari ni je, aku dah bagi reward pada diri aku. Tu haaaa.. Gambar kat atas tu. Setelah aku penat, mencari hasil untuk diri sendiri dan keluarga, so pekena la Prown Macaroni. Puas nye jangan cakap lahhhh!!! 

So korang bila nak start reward diri sendiri??


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com