SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

RAMAI LAGI YANG BELUM BERBUDI BAHASA

/
2 Comments
Sebelum ni aku ada kongsikan tentang KERJAYA SEBAGAI TELEMARKETING . Aku rasa bangga dengan diri aku sebab aku ada kelebihan sebagai telemarketing. Walaupon bila di fikirkan semula, bukan senang nak 'menjual' atau 'menawarkan' sesuatu pada orang menerusi telefon. Lagi lagi sekarang macam macam scam ada. Even aku sebagai telemarketing, aku tau apa orang lain atau orang awam rasa bila berhadapan dengan panggilan seseorang yang menawarkan sesuatu untuk mereka. Berhadapan dengan orang yang memang BUKAN mudah nak percaya hanya 'deal' dalam phone memang ramai. 



Tapi semua tu perkara biasa sebagai seorang telemarketing. Macam direct sales gak. REJECTION , it normal dalam dunia sales. Macam sekarang aku buat produk tentant Koperasi untuk Kakitangan kerajaan. Actually sebelum ni, aku tak suka buat sales/telemarketing untuk produk Insurans, Kad Kredit, Pinjaman. 3 produk ni memang aku pangkah awal awal. Entah pada aku perkara ni susah nak buat. Bukan semua orang nak amik insurans. Bukan semua nak buat loan. Bukan semua mampu nak gunakan kad kredit. Pada aku customer akan rasa terbeban nak buat mende alah ni. Tapi once aku dah masuk landasan dia, hhhmmmm not bad jugak aku ni kan? Bole je aku dapat sales dari telefon. Saat pada tu aku takkan terus give up dengan persepsi mengarut aku ni.

Cuma.... Yang aku rasa kesal nye. Rakyat malaysia ni masih ada yang kurang berbudi bahasa. Serius! Kalau nak reject ke, tak suka ke, tak minat ke, boleh je kot cakap elok elok. Bukan nya di paksa untuk amik apa yang di tawarkan melalui fonn ni. Macam pengalaman aku ni, aku memang kebanyakkan semua nya deal dengan orang kerajaan je. Yela sebab koperasi aku kan buat untuk kakitangan kerajaan. Tapi bila orang keje kerajaan bercakap pon TIADA BUDI BAHASA, sungguh amat memalukan. Ini bukan suatu rekaan, tapi betol. Kalau orang kerja kerajaan pon dah macam tu attitude nye, apatah lagi yang kerja swasta kan? Tapi aku tak lah blaim 100% pada semua, hanya segelintir sahaja. Ada yang berbahasa tu sedap jugak aku dengar walaupon dia memang tak nak langgan apa yang aku offer. Nasib baik aku bole terima 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri'. Kalau yang cakap kasar tu lepas letak fonm ada gak yang kena #$%& dengan aku.. Tapi SABAR..... hehehe

But walau apa pon yang aku face dalam cabaran kerja sebagai telemarketing ni, aku tetap ENJOYYYYYYY!!!! 

  








You may also like

2 comments:

  1. Tapi sepanjang pengalaman angkat telefon dari pemanggil macam ni, once kita cakapa ok je bukan main dia bebel panjang, terus je mintak no akaun n immediately terus tolak duit dalam akaun kita.memula cakap lain.emm..dari mana ye syarikat macamni dapat no telepon orang2? Jadi fobia nak jawb panggilan tak dikenali ni.maaf panjang pula komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu ika faham. Customer takut nak percaya. Sekarang ni byk sgt call dari scammer. Bila customer mrh2, ckp bukan2, kena maki pon ada, kami faham mrk brtindak begitu sbb takut di tipu. Kena lebih protective dgn scammer. Oleh kerana scammer ni, setitik nila rosak susu sebelanga. Cuma kdg2 bg sesetengah customer ni nk reject tu, pakai la bahasa yang baik. Sebab kami telemarketing ni bukan nya nak paksa customer terima je apa yg kami offer. Kalau rasa nak, amik je la kan :-)

      Delete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com