KEKALKAN MOMENTUM | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Saturday, November 22

KEKALKAN MOMENTUM


Kejap naik. Kejap turun. Kejap ok. Kejap tak. Banyak pulak cekadak aku ni. Kalau boleh aku lukiskan tahap kestabilan energy aku ni.. Macam ombak kott. Kalau dekat graph tu berbelit-belit mungkin line graph aku ni. 

Apalah yang cuba aku bebelkan pepagi hari ni kan? Mesti ramai yang tak faham apa topik yang cuba aku nak huraikan pagi ni. Aku nak bercakap tentang 'maintainkan momentum diri' . Apa saja yang kita baru nak mulakan. Tak kisah lah dalam bekerja, belajar, atau pon berblog. Sure kita akan mulakan dengan 1 perasaan yang bersemangat. Betol tak? 

Tapi bila sampai 1 tahap, sedikit demi sedikit kita akan perasan kemunduran semangat itu boleh di rasa. Paling tak pon, korang akan dapat lihat kesan dari kemunduran tersebut terhadap prestasi korang. Contoh aku, macam yang aku pernah kongsikan sebelum ini tentang pekerjaan aku sebagai telemarketing, aku ingat masa mula-mula aku start kerja. Semangat aku masa tu berkobar-kobar, bersungguh, dan paling penting energy 'excited' aku tu lain semacam. Dan result yang aku dapat adalah sangat luar biasa. Masa tu baru 2 hari aku bekerja, aku boleh dapat sale 7 hari dalam sehari. Break the role staff yang dah lama masu k sebelum aku.

Tapi sekarang bila unsur-unsur negatif atau unsur luar mempengaruhi contoh bila terlalu kena reject dengan customer, bila dah start mengeluh, tengok pula sale orang lain ada yang dah lebih dari aku (cemburu la senang cakap), fikir tentang komitmen luar, kesan nya aku jadi down dan tak bersemangat. Nak cari kerja lain. Rasa penat buat sales walaupun sebenarnya aku suka bidang sales ni. Graph pencapaian aku turun. Dan perkara macam ni la kadang-kadang effect prestasi aku. So sangat tak bagus untuk tahap prestasi diri aku sendiri. 

So apa yang cuba aku nak terangkan pada korang semua, apa saja yang kita lakukan dalam hidup kita, terutama sesuatu yang memberi punca pada hidup kita ni, korang perlu dan sentiasa untuk rasa EXCITED! setiap hari seolah-olah itu adalah perkara baru yang akan korang lakukan. Walaupon sebenarnya itu lah rutin setiap hari korang perlu buat. Baru lah momentum diri tu mantain sama je. Atau mungkin bole meningkat. Siapa tahu kan? Sama juga lah dalam berblog ni. Macam mana excited korang masa mula-mula create blog ni, jadi maintain kan excited itu setiap hari walaupon dah bertahun sebenarnya korang kecimpung dalam dunia blog.


2 comments:

  1. Ya... betul tu.. tq atas entri ni.. kak suka baca.. jemput blogwalking yr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih akak singgah blog ika... Salam kenal dari ika yee... :-)

      Delete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com