BUAT SESUATU KERANA MINAT | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Tuesday, November 18

BUAT SESUATU KERANA MINAT

Aku MINAT menyanyi.

Jadi pasti aku PERLU belajar sesuatu berkenaan ilmu / cara menyanyi dengan betul supaya nyanyian aku akan lebih mantap dan power!

Aku MINAT memasak.

Jadi aku PERLU untuk belajar pelbagaikan masakkan aku supaya makanan yang terhasil adalah yang lebih enak dari biasa.

Aku MINAT berlakon.

Jadi aku PERLU asahkan lagi bakat berlakon aku supaya suatu hari nanti aku akan menjadi pelakon yang sentiasa pandai memainkan watak yang di beri.

Nampak tak kuasa MINAT yang sangat main peranan dalam kejayaan seseorang tu?

Apa saja bidang yang kita lakukan, semua nya perlu di sokong dengan rasa MINAT pada sesuatu tersebut. Buat kerana terpaksa, buat kerana nampak orang buat menjadi so korang pon buat gak, buat sebab ikut-ikut je, memang semua ni takkan ke mana. 

Bila kita bawa dengan MINAT, ianya perlu diiring dengan ILMU. Baru lah ianya akan lengkap dan pasti akan ada hasilnya. Bila nak dapat ILMU, kena lah rajin-rajin membaca. Jangan baca separuh je then assume dah paham. Baca tu biar sampai habis. Baru lah nampak info-info yang perlu tahu. 

Kadang-kadang kita ni memang nak tau sesuatu ilmu yang baru. Tapi bila part nak kena baca info dari atas sampai bawah tu yang malas. Ada pulak bila dah baca separuh dia scroll ke bawah tengok banyak lagi perenggan..., terus tinggal. So acamne nak up kan level success gak. Ia dok?





1 comment:

  1. saya minat blog , jadi kenalah beljar ilmu berblogging

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com