SALAM TAHUN BARU | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Sunday, October 26

SALAM TAHUN BARU

Assalamualaikum semua...

Harap belum terlambatlah untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru buat semua saudara dan saudari, sahabat-sahabat dalam dunia realiti dan dunia maya. Jarang biasanya aku mengamalkan tahun baru mengikut kalendar islam. Biasanya aku akan rasa tahun baru bila nak masuk bulan Januari keesokkan harinya. 

Bila masuk tahun baru, perkara biasa yang semua buat. Tutup buku lama, buka buku baru. Tinggalkan segala kedukaan lalu, kesedihan lalu. Apa sahaja yang berlaku pada tahun lalu biarkan sahaja ia di sana.

Selagi bernafas, selagi di beri peluang hidup, kita perlu teruskan. Tiada hidup yang harus diteruskan tapi perlu dipenuhi dengan rasa kesedihan semata-mata. Apa-apa pon corak kenangan yang akan terjadi, semua nya bergantung di tangan kita. Pilihan kita.

Cuma aku perlu bersedia apa sahaja yang berlaku di masa hadapan aku. Aku perlu sediakan segala kekuatan dalaman diri aku.  Gembira? Sedih? Semua telah tertulis.. 

2 comments:

  1. Macam-macam perasaan pasti kita akan lalui pada setiap hari.
    Moga urusan harian Ika dipermudahkanNYA..

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru dear! :) Huda singgah sini, jangan lupa follow me back :) Follow my insta please :D

    http://e-dania.blogspot.com/2014/10/apa-kaitan-gula-dengan-pelajar.html

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com