TAK PERLU PENING LEPAS NI NAK BUAT KOPI | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Sunday, September 28

TAK PERLU PENING LEPAS NI NAK BUAT KOPI


Pertama, jangan tegur kenapa brand kopi ini ECONSAVE. Kedua jangan komen kenapa ada gambar gula kat belakang tu. Haha pesanan yang agak eeerrrr di pagi hari. 

Honestly aku tak tahu tentang kewujudan kopi versi uncang ni. Mungkin sebab stock kopi yang sepaket tak habis habis kat rumah aku ni yang membuatkan aku tak selalu cari stock kopi kat pasaraya. Bila milo habis, teh habis, baru la kopi yang terperusuk kat tepi tu di pandang. Terok perangai kannn..

Aku tak pelik pon minum kopi. Sebab family belah ayah aku memang 24jam kopi. Minum kopi pon sedap. Lagi pun antara banyak-banyak minuman, aku rasa kopi elok untuk kesihatan. Kalau tak silap lah.

Tapi kopi ni antara minuman yang aku memang fail kalau buat. Terbanyak serbuk, pekat. Mau pahit nye. Terkurang, cair plak kopinya. So kalau aku nak minum memang ibu je lah aku mintak buat kan.

Tapi bila dah wujud kopi uncang, tak perlu risau tentang kepekatan nya, dan paling penting di sini...... Dengan confident nya aku boleh hidangkan kopi pada bakal mak mertua nanti. 

Ooopppssss! Ssshhh... Jangan kecoh kecoh tau. 

1 comment:

  1. aku kalau bikin kopi, guna cap kapal api yang kasar..... sedap weyyyyyyyy

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com