SEGMEN BEN ASHAARI: IMPIAN KU, SEORANG BLOGGER | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Thursday, September 11

SEGMEN BEN ASHAARI: IMPIAN KU, SEORANG BLOGGER

http://www.benashaari.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html


BIODATA

Nama : Nor 'Atikah Binti Norbaki
Umur: 26 Tahun
Asal : Klang
Kerjaya : Pekerja Orang / Blogger Sambilan
Anak ke 2 dari 7 beradik
Nama panggilan : Ika
Nama panggilan dalam family : Angah / Adik Ana =)


KELEBIHAN BLOG ATIKAH NORBAKI.COM:

Blog Atikah Norbaki.Com adalah sebuah blog personal di bawah kawalan aku sendiri. Dan cerita yang ada dalam ini adalah berkisar tentang apa saja di keliling aku dan terselit juga kisah hidup yang aku lalui dalam seharian kehidupan aku. Walau pon aku akui bila aku hanya membawa nama blog aku sebagai blog personal, tak ramai yang akan mudah tertarik. Yela bukan nya ada info sangat untuk orang dapat. Tapi aku yakin penyampaian aku yang 'santai' dan agak 'pasar' sikit ayat-ayat nya, ia mampu membuat pembaca merasa lebih dekat dengan aku. So bila u all baca post hakakk ni... takde la nak pecah kepala sangat kan? Ye dak?? (Angguk-angguk kepala tu cepat tanda setuju)


- IMPIAN -

IMPIAN KU...... (macam dialog Afdlin Syauki dalam filem CUCI. Eh! betol ke tu tajuk nya?)

Kalau bukan dengan Blog pon aku percaya masing-masing ada Impian sendiri. 

Nak jadi usahawan berjaya
Nak jadi dermawan terbilang
Nak jadi pengusaha Kek Coklat
Nak jadi peserta AF (ni aku la tuuu... tapi hanya tinggal kenangan je laaaa... sob sob )
Nak jadi Isteri Mithali

Haaaa... macam macam la jenis Impian yang pasti terpahat di dada dan sanubari kita kan. Dan dalam berblog pula, apa yang aku ingin capai dalam mencipta nama sebagai Seorang Blogger?


IT IS NOT ABOUT SIZE

Aku nak menjadi INSPIRASI dan ASPIRASI kepada mereka yang bersize besar di luar sana. Tak kisah lelaki atau perempuan. Aku nak jadi contoh dan pendorong semangat buat mereka. Cuma sekarang ini aku tengah fikir apa info yang perlu aku kongsikan dengan mereka untuk capai objektif aku itu. Dan bila paltform blog ini semakin menjadi perhatian dan pilihan, keinginan aku semakin membuak-buak untuk merealisasikan Impian aku yang terpendam tu.

Aku pasti SATU HARI NANTI, Impian aku untuk menjadi IKON buat teman dan sahabat aku di luar sana akan tercapai. In Shaa Allah.



21 comments:

  1. amin... semoga impian tu jadi nyata ;)

    ReplyDelete
  2. Salam Kenal!

    Selamat Berblogging !!

    ReplyDelete
  3. may all your wishes come true! =)

    ReplyDelete
  4. Wow! Moga impian menjadi kenyataan ya Atikah . Awak hebat atas apa yg awak telah lalui. Good luck for endevour ^__^

    ReplyDelete
  5. Semoga impian terlaksana ... boleh je tu .. tika ...

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum... datang daripada segmen yang sama, suka dapat berkenalan dengan anda : Segmen Ben Ashaari : Impianku Seorang Blogger

    mselim3

    ReplyDelete
  7. Assalam,
    salam perkenalan dari saya blogger baru..
    epy bersegmen jugak yer..
    harap dapat berkenalan dan menyokong saya yer...
    jemput singgah yer :
    http://aryshafayyadh.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

    ReplyDelete
  8. Salam ukhwah fillah
    Ade singgah...

    http://bimbinganbelajar29.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

    ReplyDelete
  9. Salam ukhwah..kunjunga drpd blog syira dan follow sini :). wish u gud luck !!!

    ReplyDelete
  10. Hai, Ros datang dari segmen yang sama :)
    http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

    ReplyDelete
  11. jalan jalan jalan .. :) www.dayangdeno.com

    ReplyDelete
  12. ayu datang dari segmen yang sama.. ada masa singgah la ke blog ayu ye... boleh nanti follow sekali blog ayu...tq..

    semoga impian awak tercapai...

    http://www.ayuinsyirah.my/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

    ReplyDelete
  13. Porridge White (Chicken & Mushroom)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com