FILEM BIOPIK SALOMA | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Thursday, September 11

FILEM BIOPIK SALOMA


Sebelum ni aku memang ada perasan tentang berita hiburan berkenaan Nabila Huda bawak watak Saloma. Aku ingat kan berkenaan teater. Senang cerita tak ambil port la kan. Tapi baru-baru ni aku pergi rumah makcik aku, dia dok cakap pasal cerita Saloma.

Haaa? Cerita Saloma? Jadi inilah rupa-rupanya cerita Saloma nya. Biopik Saloma arahan Melissa Saila.



Personally bagi aku Filem ini 'Perfect' dan Melissa Saila berjaya menghasilkan satu karya yang sungguh luar biasa. Sebelum ini aku pernah dengar cerita dari nenek aku tentang Pelakon-pelakon lama ni termasuk Saloma. Nenek pernah bagitau dulu Saloma sebelum dia dengan P Ramlee memang pernah berkahwin dengan AR Tompel.

Macam-macam lah citer yang aku tau dari Nenek aku tu. Biasa la zaman P Ramlee kan zaman dia masa muda-muda dulu. Jadi memang syok la dia share dengan cucu dia ni. Dan bila kisah Saloma ini di filem kan, masa ni la segala story moory yang nenek aku share dulu keluar...

'Oooo..macam ni Saloma kenal AR Tompel...'
'Masa ni la P Ramlee minat Saloma'

Bila sebelum ini hanya cerita tanpa gambar... dan bila dapat peluang melihat perjalanan hidup Saloma dan P Ramlee menerusi Filem Biopik Saloma kali ini... memang touching habis.


Dan sememangnya menerusi filem ini juga... Saloma dan P Ramlee sangat layak menjadi ikon untuk Industri Hiburan di Malaysia. Jika lihat dari sudut sebagai pasangan hidup... kedua-dua pasangan ini sememangnya pasangan yang secocok untuk satu sama lain. 

Dari segi pemilihan pelakon dalam filem tersebut bagi aku amat sempurna. Nabila Huda juga berjaya membawa watak Biduanita Saloma dengan baik sekali. Eh bukan senang tau nak study watak untuk jadi exactly sebagai Saloma. Dengan gaya tangan nye... nyanyi nye... yang best kali cara jalan. Heheheh hardwork betol kan Nabila Huda.


Lagi satuuuu ... yang aku rasa ramai akan setuju adalah watak AR Tompel tersebut. Azhan Rani berjaya bawak watak ni Tip Topppp!!! la habaqqq hang... Gaya cakap.... gelak... memang sebijik sebuntat!


Selepas filem Zaiton Ceritaku arahan Isma Danial... Kali ini pula Biopik Saloma arahan Melissa Saila... serius aku tak regret pon beli cerita ni kat Astro. So aku tak nak cakap banyak... korang pergi langgan and tengok.  Sangat best!!!

Dari 10... aku bagi 9... hehehhehe...

1 comment:

  1. ramai dah cakap memang best biopik saloma ni, tak sempat2 lagi nak tengok !

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com