SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

BENGKEL “ARE YOU CARING FOR HIS SKIN THE RIGHT WAY?” UNTUK PARA IBU! - ANJURAN JOHNSON’S® BABY DAN DOKTORBUDAK

/
0 Comments

Pada hari Sabtu bersamaan dengan 6 September 2014 bertempat di Ground Floor, Highstreet 1 Utama Shooping Center telah berlansung 1 Bengkel khas untuk para Ibu dalam menitip berat penjagaan si manja tersayang anjuran Johnson's Baby dengan kerjasama Doktorbudak yang mana objektif bengkel kali ini adalah bertujuan untuk berkongsi petua-petua praktikal dan nasihat pakar dengan ibu-ibu tentang bagaimana menjaga kulit bayi yang halus dan lembut pada siri Jelajah Urban Mom 2014.




Dr. Aileen Wee 
Consultant Paediatrician.

Pada bengkel tempoh hari, pihak penganjur telah menampilkan dua (2) orang Pakar Pediatrik , iaitu Dr Aileen Wee dan Dr Yap Hsiao Ling yang mana mereka telah memberikan pengalaman interaktif sebenar kepada ibu-ibu mengenai perkembangan dan penjagaan kulit bayi yang sihat dan bersesuaian dengan usia mereka. 

Dr Aileen Wee turut menyatakan pendapatnya pada hari tersebut, terdapat Ibu Bapa yang tak menyedari betapa halus dan lembutnya kulit bayi yang mana 30% kulit bayi lebih nipis daripada kulit orang dewasa dan akan kehilangan air lebih cepat dalam 12 bulan pertama. 

Jadi pemlihan produk penjagaan khusus untuk bayi adalah amat penting pada bulan pertama kerana bayi lebih mudah mengalami kekeringan dan jangkitan dalam tempoh tersebut.



Dynas Mokthtar
Duta Johnson's Baby

Bengkel tersebut turut di hadiri oleh Pelakon atau Duta Johnson's Baby sendiri Dynas Mokhtar yang mana beliau juga turut berkongsi pengalamannya sendiri dalam penjagaan kesihatan kulit bayi. 


Bengkel ini di akhiri dengan satu demonstrasi urutan bayi yang diketuai oleh Dr Yap, yang turut menjelaskan bahawa deria sentuhan adalah penting bagi manusia, dan urutan juga telah lama diketahui bahawa ia mempunyai satu manfaat positif. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa urutan boleh membantu dalam  mengurangkan kembung perut, menggalakkan pertumbuhan yang lebih baik dan meningkatkan keselesaan waktu tidur pada bayi.



Ketahui lebih lanjut tentang komitmen Johnson’s® Baby terhadap penjagaan kulit yang selamat, lembut dan berkesan di www.johnsonsbaby.com atau dapatkan maklumat terkini melalui www.facebook.com/iLoveJohnsonsbaby.com , di mana anda juga boleh mengemukakan soalan yang akan dijawab oleh panel Doktorbudak!


Mengenai Johnson’s® Baby

Selama lebih 100 tahun, Johnson’s® Baby telah mengabdikan dirinya untuk memahami bayi dan belaian istimewa yang diperlukan untuk mata, kulit dan rambut mereka. Johnson’s® Baby menggunakan pengetahuan itu untuk menyediakan ibu-ibu produk yang selamat, halus dan lembut yang terbukti secara klinikal. Rangkaian produknya merangsangkan deria dan apabila digunakan bersama rutin bayi, boleh membantu membangkitkan emosi positif dan akhirnya mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi. Dipercayai oleh ibu-ibu dan profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia, Johnson’s® Baby terus menggunakan pengetahuan dan penyelidikan untuk menghasilkan produk pengguna yang selamat dan inovatif serta murni, halus dan lembut sebagaimana yang dijanjikannya.


Mengenai Doktorbudak
Doktorbudak merupakan wadah dalam talian yang boleh digunakan oleh semua ibu bapa yang mahu mendapatkan nasihat bukan kecemasan percuma mengenai topik kesihatan kanak-kanak. Ia diwujudkan dan diuruskan oleh panel pakar perubatan sukarelawan yang terdiri daripada sekumpulan pakar pediatrik, doktor gigi pediatrik, pakar bedah pediatrik, pakar dermatologi pediatrik, pakar psikiatri kanak-kanak, pakar terapi pertuturan, ahli farmasi dan pakar pemakanan. Pada masa ini terdapat 25 orang pakar perubatan yang dedikasi dalam panel dan bilangan ini dijangka meningkat. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.doktorbudak.com.my.





You may also like

No comments:

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com