1 GAMBAR TERBARU DAN 5 FAKTA TENTANG DIRI AKU - #CABARAN30HARI | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Monday, September 1

1 GAMBAR TERBARU DAN 5 FAKTA TENTANG DIRI AKU - #CABARAN30HARI


Ok! Ni gambar aku hari ini. Tetiba hari ni rasa nak belanja 1 gambar Selfie dari aku.  Jadi bagi sesapa yang ada di area Ampang kalau nampak aku tolong tegur. Please tegur.

Haaa.. meh sini dok depan aku. Aku nak citer sikit tentang diri aku. Alaaaa tak banyak pon. 5 FAKTA je tentang diri aku :-

1) Aku adalah ANGAH

Kalau aku adalah angah, maknanya aku adalah anak kedua. 

2) Cat Lover

Aku sangat sayang kan haiwan yang bernama KUCING. Setakat ni dalam jagaan aku ada 8 ekor. Tak termasuk kucing-kucing yang sebelum ni aku pernah jaga dan yang dah pergi ke syurga. (Aku tak suka cakap kucing aku dah mati. Lebih suka cakap diorang pergi syurga =) ) Aku sanggup berhabis untuk mereka. Sesiapa yang usik kucing aku... SIAP!!!!

3) Suka Menyanyi

Dalam bilik air, dalam bilik, dalam kereta, dalam rumah... asal ada ruang dan waktu... menyanyi je la keje aku. Terutama lagu Dato' Siti Nurhaliza..... 

"Dan kisahhh kuu.. yang masih panjangggg... menambahkan berat yang memandang.. lantas ku pendamm.. ku putuskannn... BIARLAH RAHSIA..." ooppssss! ngeeee

4) Suka tengok wayang and outing sorang-sorang

Pelik? eemmm tak lah... aku lagi selesa keluar sorang-sorang. Tak terikat dengan masa sesiapa pon. Lagi-lagi time tengok wayang. Sebab bila tgk wayang kita bukan perlu borak dgn orang kan? so pergi sensorang pon bole... Free bila bersendiri... =) Selalu layan citer hantuuu.... heeee

5) Suka CILI KICAP dan WESTERN FOOD

Makan mihun/mee/kuew teaw sup.. dan dilambakkan dengan CILI KICAP. Peehhhh!! sedap weeii.. Sizzling di letakkan cili kicap jugakk... superb!! Spaghetti (kuah merah & putih) , macaroni dan apa saja jenis makanan western... aku telan

Sila jangan muntah dengan cerita aku. 

Lunch ni nak makan ape ek?? hmmmm



12 comments:

  1. tengok wyaang sorang2 tak berani lagi heheheh....cuak dalam gelap sensorang yeayyy tq join ye

    ReplyDelete
  2. ni mesti suara sedap ni..jom karok!haha

    ReplyDelete
  3. suka nyanyi ekkk, request satu lagu plisssss....ahakkk

    ReplyDelete
  4. mmg best kdg2 tgk wayang sorang2...esok rabu jom tgk wayang..ahaks..salam perkenalan.

    ReplyDelete
  5. yes! sorang laki peminat kucing. sep sep sep!!!

    ReplyDelete
  6. Tgk wayanh sorang2?.. penah try tp ntah laa... pelik lak rasanya sbb lps hbs tgk wayang xleh nak ulas dgn partner... hehehe...

    ReplyDelete
  7. Nak kucing sekor mulehh .. nak jadi cat lover jugak hihi meowww meoww

    ReplyDelete
  8. satu lagu plissss... *blink blink mata*
    Saya adalah Kaklong.. :p

    ReplyDelete
  9. salam kenal, semoga blognya tambah ramai pengunjung :)

    ReplyDelete
  10. tengok wayang sorang2? wahhh, boleh yea gitu. haha. kalau saya memang taklahhh.

    ReplyDelete
  11. suka menyanyi, mesti sedap suara ni....boleh share dengan kekawan.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com