SEGMEN BLOGGER MALAYSIA DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Thursday, August 28

SEGMEN BLOGGER MALAYSIA DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA



Segmen Merdeka 57 oleh hasrulhassan.com

Lagi beberapa hari je lagi negara kita Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57. Tema kali ini sangat mendalam bagi aku... 'Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta'. Dan kali ini aku teruja nak menyahut cabaran Blogger Hasrul Hassan untuk segmen ni.

Sebelum aku menyentuh mengenai peranan aku sebagai Blogger Malaysia untuk menzahirkan 'Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' suka untuk aku bercerita sedikit mengenai Kemerdekaan. Kadang-kadang aku tertanya pada diri aku sendiri, adakah aku faham apa itu MERDEKA? atau KEMERDEKAAN? Adakah aku faham rasa merdeka itu bagaimana? 

Minda aku masih didedahkan erti kemerdekaan atau merdeka itu hanya cerita masa zaman aku sekolah rendah dan menengah sahaja. Yela masa zaman aku sekolah dulu, aku hanya terdedah dengan kisah kemerdekaan yang di ceritakan oleh cikgu atau penceramah masa program Sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan di sekolah sahaja.

Jujurnya aku sendiri tak pernah menghayati nikmat nya rasa merdeka itu. Jika aku pun begitu, apatah lagi orang lain kan? betul tak? 

Cuma sejak kebelakangan ini, aku terfikir akan nilai sebuah kemerdekaan itu sendiri. Dengan melihat peperangan yang sedang berlaku di Palestine sangat memberi kesan pada aku dan juga mungkin sebahagian rakyat Malaysia.



Jika susah sangat la untuk kita memahami apa usaha dan nilai nya untuk mendapatkan sebuah kemerdekaan, jadikan saja Palestine sebagai contoh. Mungkin apa yang di perjuang itu tidak sama. Tapi Semangat, Kesatuan, Kasih Sayang antara mereka walau mungkin berbeza dari segi Politik, Darjat, tapi demi Kemerdekaan Negara mereka, dari situ lah timbulnya Lahirnya Sebuah Cinta.



Apa yang berlaku pada orang lain, mungkin PELAJARAN buat kita dan apa yang berlaku pada kita adalah PENGAJARAN buat kita. Aku percaya selepas apa yang berlaku pada negara kita baru-baru ni sangat memberi impak yang besar dalam penyatuan hati semua. 

Kita yang terdiri daripada perbezaan Agama, Budaya, Latar Belakang, Politik, Kepercayaan, Pendapat atau nak tambah sedikit lagi yang berbeza dari segi makanan kegemaran, minuman kegemaran, warna kegemaran, kembali BERSATU hati selepas insiden yang berlaku. 



Apa peranan aku sebagai Blogger Malaysia  untuk menzahirkan 'Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' , ini lah usaha aku untuk sampaikan semangat sebuah cinta. Penulisan aku yang mungkin tak seberapa ini sedikit sebanyak bisa menyampaikan mesej pada semua. 

Mungkin ada isi yang tak bertepatan dengan apa yang di minta. Tapi sebagai blogger, dengan penulisan yang sederhana ini, aku harap dapat membantu sampaikan mesej ini pada semua. Kerana 'Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' 



18 comments:

  1. Salam merdeka.Semoga Merdeka kita merdeka hakiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah... mudah2an encik putera...

      Delete
  2. Nice writing dear.. Akak pun tak rasa akak boleh menulis sebaik ni.. Malu dengan adik2.. Huhu..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
    Replies
    1. ika cuba yg terbaik kak... masih byk yg nk d perbaiki...

      Delete
  3. Di sini lahirnya sebuah cinta
    Interesting.
    Blogwalking

    ReplyDelete
  4. wah... bijak Atikah. Kemerdekaan yg bukan senang dicapai. Harus kita genggam ia erat2 :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com