SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

MOVIE PREVIEW: KAWAN AKU MATI DALAM RUMAH SEWA

/
7 Comments

Korang jangan buat muka terkejut ye dan tanya kenapa aku post lagi tentang movie Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa. Hari tu contest untuk join Movie day Out. Tapi orang kata rezeki tu bukan atas ketentuan kita, lepas aku submit je entri contest Kalau Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa , terus pihak penganjur meluluskan entri aku tu. 

AWAS! Jangan korang cari gambar aku dalam event tu sebab aku tak bergambar sangat pon. Muka serabai baru balik kerja terus je redah ke sana. So mata tuuuu.. jangan dok jeling jeling cari di mana aku. Hahaha yang penting mereka mereka yang hadir tu saja tau akan kewujudan aku di Movie day out tempoh hari.


Pada 11 Ogos 2014 bersamaan hari Isnin lepas, bertempat di Ecurve, Damansara telah berlansung Pra tonton untuk Movie keluaran Mangkin Prestij Sdn Bhd iaitu Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa. Apa yang membuatkan aku teruja nak tengok movie ni sebab Kumpulan Bocey sebagai pelakon utama dalam movie kali ni.



Actually aku bukan nye peminat tegar kumpulan Bocey ni, tapi sebab aku mengikuti perkembangan diorang dalam Maharaja Lawak Mega hari tu, lawak diorang memang antara yang aku nantikan. So bila aku tau diorang main dalam movie ni, teringin gak aku nak tau berjaya ke diorang bawak watak dalam bentuk filem.


Sinopsis Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa :

Filem ini menceritakan tentang 3 orang rakan baik iaitu Rudy, Akhirrudin dan Remyyang tinggal bersama di rumah sewa. Rudy (Acey) merupakan seorang pelakon extra yang sentiasa memainkan watak hantu dalam setiap filem yang diperolehinya. Manakala Akhirrudin (Abam) pula adalah seorang pekerja di sebuah stesen minyak dan Remy (Fad) merupakan seorang pengilap kasut. Mereka menyewa di rumah Pak Cik Osman (Yasin SYJ) dan tidak membayar sewa rumah selama 3 bulan. Tidak berapa lama kemudian hadir seorang teman iaitu Saipol (Epy Kodiang) merupakan anak saudara kepada Pak Cik Osman.

Bila aku tengok movie ni... aku memang takde rasa was was nak tonton. Sebab nya memang Bocey berjaya bawak lawak diorang sama dengan Maharaja Lawak Mega hari tu. Means..... aku tak berhenti gelak dari mula hingga habis citer tu.


Di tambah pulak dengan bantuan watak Yassin SYJ tu, bertambah kelakar lagi ada. Kalau aku yang tengok free ni pon rasa berbaloi dapat tengok... Apatah lagi korang yang bakal membeli tiket untuk menonton nanti. Dari 5 Bintang, aku bagi 4 1/2 bintang. Haaaaa kenapa aku tinggalkan setengah? Saja tak nak bagi habis bintang. Tu simpan untuk review movie yang lain pulak. Kah Kah kah....

Tarikh : 14 Ogos 2014 (Khamis)
Genre : Komedi seram
Penerbit : Hashim Rejab
Terbitan : Mangkin Prestij



Antara rakan blogger yang turut hadir tempoh hari. 

Ok! Hakakk nak makan... dah lapar ni... daaaa....


#Gambar kredit tu Bro Framestone dan Ayue Jean 





You may also like

7 comments:

  1. salam singgah dan dah follow sini jugakkk ^^

    ReplyDelete
  2. Atikah, akak cam atikah ari tu tp akak nak panggil segan sbb takut atikah kompius lak tak kenal akak.. Huhu.. Tp akak x sempat nk join bergambar ramai2 sbb sampai lambat.. Huhu..😭
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf la mlm tu ika x prasan akak kot... ika pon dtg lmbt gak masa tu...

      Delete
  3. ok... ada kah boleh ditonton dengan awek2 movie ni..?

    hehe

    ReplyDelete
  4. boleh masukkan dalam list movie :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com