AKHIRNYA TERSALAH BAS JUGA | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Friday, August 22

AKHIRNYA TERSALAH BAS JUGA

Aku ni bukan jenis yang suka naik bas. Baik bas dari area rumah aku ke atau kat mana-mana la. Melainkan perjalanan jauh contoh masa aku belajar diploma dulu kat Uitm Jengka Pahang so no choice kena la jugak naik. Tapi itu kira ok la sebab tak penuh dan croud. 

Tapi korang paham la kan bas yang round area bandar ni, tak penuh tu tak sah. Dah tu macam macam orang yang ada. Bukan la demand or mengada-ngada tapi...... Hehehe haaa mesti korang pikir aku mengada kan?? Ibu aku memang sokmo dah marah aku. Sebab tak nak naik bas. That why aku prefer teksi even kena bayar lebih. Tapi bila aku naik teksi Ibu aku dok bebel ... 

" banyak sangat nooo duitnye.. Nak macam orang kaya je..."

Bukan macam orang kaya... Tapiiiiii....eemmm... Ok stop citer pasal aku kena marah tu... Habit aku suka naik teksi tu masih ada lagi sampai aku keje ni haaa.. Tetapi aku kena akur la yang takkan selamanya aku kena naik teksi... 

Pertama sebab Kos! Yaaa kos!

Kerja KL, pepaham je la akak akak dan abang abang semua. Kena sedar diri sikit la aku ni bila dah bekerja kat luar kawasan klang kan.

Selama ni aku naik bas jarang la tersalah... Tapi ada la lebih 10 kali gak aku naik... Dan sebelum aku naik aku akan tanya either penumpang or driver bas tu

" Bas ni lalu LRT Ampang tak?

So biasa aku tanya jarang la bas tu salah. Dan kalo bole aku tak nak sampai naik salah bas. Lagi pulak aku bukan hafal pon no.bas tu. Biasa naik, tanya, dah! Macam tu je.

Tapi hari ni... Teknik yang sama aku buat sebelum naik bas.. Dah tanya sorang adik tu bas ni lalu ke sana ke, dia cakap ye. Dan dengan rasa konfiden yang selalu aku rasa tu, aku pon bayar la RM1. Tapi bila aku cakap kat driver tu nak ke LRT Ampang dia diam je. Takde plak kata salah.

Bila dah jalan je.... cantikkkkkk je bas tu melencong. Haa! Gabra la aku! Tapi nasib baik ada makcik tu tersalah gak. Dia turun, aku pon follow. Mau kalau aku sorang tu, aku tak turun.

Malu...... Ngeeee....

*Moral of the story, please hafal no. laluan bas ye semua. Nak lagi sahih.. Tanya kat abang driver. Tanya banyak kali pon takpe. Janji tak tersalah macam aku ni.


2 comments:

  1. Kenapa akak cam tau je bas yang atikah tersalah ni.

    P/s:akak pun dok ampang gak

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com