Salam Lebaran | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Monday, July 28

Salam Lebaran


Alhamdulillah..... Syukur.... Kali ni Allah masih memberi peluang pada aku dan keluarga untuk menikmati Bulan Gembira ini iaitu Syawal. Setiap kali sambut Aidil Fitri ni aku akan tolak segala kesedihan dan segala masalah ke tepi. Ini bukan masa untuk fikir masalah. Masalah ni sampai bila-bila pon, selagi kita bergelar manusia memang akan sentiasa ada. So put a side jap la. 

Ok ok... Aku tak nak la nak bebel benda yang tak patut dalam mood Syawal ni. Bagi aku, ini adalah Syawal yang bermakna untuk aku. Kenapa??

Haaa... Raya kali ni...dan ini lah pertama kali nya kitorang adik beradik spend untuk family. Except baju raya la. Heheh baju yang aku pakai tu Ibu aku beli kan. Sebab masa tu aku tak kerja lagi. Ngeeee.... :-)  nak kuarkan duit sendiri takde lagi.

Tapi alhamdulillah berkat doa ibu untuk aku, 2 minggu before raya aku dapat peluang kerja. Walau pon jauh kat ampang nuuuuunnn sana tu, tapi bila redha ibu mengiringi aku, rasa dekat je Klang-Ampang tu. Penat sikit sikit tu biasa la. Aku bukan robot. Masih kenal erti penat tu apa. 

So walau kerja baru 2 minggu, company bagi jugak gaji kat aku. Even tak full gaji, tapi cukup la untuk aku spend buat raya. Dapat la beli kan ibu baju raya, beli barang masak, bagi adik adik duit raya, bagi adik sedara and anak sedara duit raya. 

Actually seronok jadi si pemberi duit raya ni dengan hasil kerja kita sendiri. Memang la kalo dapat pon satu feel yang agak indah bagi aku... Sape tak suka dapat duit raya kan... Tapi bila memberi itu lebih indah. 

#atikahnorbakidotcom #itisnotaboutsize 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com