RASHIDUN CALIPH CONFERENCE 2014 | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Wednesday, July 2

RASHIDUN CALIPH CONFERENCE 2014


Pada 28 JUN 2014, Bertempat ni NZ Garden Cafe (KLCC) Jalan Ampang KL, Aku bersama beberapa rakan blogger yang lain telah menghadiri Soft Launch bagi satu program Islamic Conference  iaitu Rashidun Caliph Conference 2014.


Persidangan di bawah anjuran Tathweer Sdn Bhd ini akan berlansung pada 30 OGOS 2014 dan bertempat di Dewan Merdeka (PWTC) Kuala Lumpur. Tujuan utama program ini diadakan pertama adalah untuk berkongsi  idea dan pengetahuan kepada peserta dan umum tentang pemahaman mereka mengenai Khulafah Arasyidin Terutama 4 Khulafah Arasyidin yang terawal iaitu Abu Bakar (632-634), Umar (634-644), Uthman (644-656), Ali (656-661).

Persidangan ini juga lebih memberi tumpuan terhadap persepsi Islam sekarang di mata dunia dengan hidup yang penuh mencabar kini dan bagaimana kita mempraktikkan Islam di dalam kehidupan seharian kita. Dari sudut yang lain, program ini juga akan cuba membincangkan mengenai cabaran Islam, dalam budaya hidup manusia  yang serba moden untuk kita buktikan bahawa nilai Islam itu tetap mampu kita kukuhkan dalam apa jua keadaan sekali pun. 




Menurut pihak Tathweer Sdn Bhd, persindagan ini TIDAK TERHAD sahaja kepada mereka yang beragama Islam, malah penyertaan dari mereka yang bukan beragama Islam juga turut di terima. Kenapa mereka membuka peluang kepada yang bukan beragama Islam? Ianya di anggap sebagai satu dakwah secara halus untuk mereka kenalkan Islam kepada para peserta yang bukan muslim. 

Bagaimana nak sertai??

Harga tiket bagi Islamic Conference ini adalah bernilai RM200 akan tetapi, Untuk 300 peserta terawal SAHAJA anda semua boleh dapatkan harga tiket yang bernilai RM150. 

Jadi untuk memudahkan proses pembelian tiket ini, anda semua boleh berurusan terus di laman web rasmi Tathweer Sdn Bhd di [SINI]

1 comment:

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com