KENANGAN RAMADHAN A&A ROJAK CORNER | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Wednesday, July 2

KENANGAN RAMADHAN A&A ROJAK CORNER


Dalam pada aku mengukir senyuman, aku ketawa, aku happy... Tapi luka atau duka sebaik-baiknya aku simpan daripada aku tunjukkan pada umum. Aku cerita ni bukan sebab aku nak kan perhatian atau untuk merintih di bahu bahu korang. Ianya sebagai menggamit kenangan yang aku dan family pernah menempuh tahap-tahap yang getir dan perit demi sebuah rezeki.

Mesti korang tertanyakan bisnes apa A&A Rojak Corner ni. Ini lah business family aku satu ketika yang lalu. Hampir dua tahun dah kitorang tinggalkan business ni. Banyak sangat yang aku dan family aku harungi saat nak membawa nama A&A Rojak Corner ni untuk di kenali ramai. Alhamdulillah... penerimaan orang ramai terhadap rojak kitorang masa tu sangat positif. 


Business ni kitorang adik beradik buat demi Ibu. Haaa yang kat atas tu pic Ibu aku. Masa ni kitorang bukak gerai untuk Uptown Meru. Sekarang uptown tu dah tutup. Dan sejak dah tutup tu la kitorang semua stop berniaga. Masa berniaga ni memang aku rasa kan keutuhan keringat tenaga semua adik beradik aku. Adik adik aku yang sekolah sanggup lupa kan penat baru balik sekolah. Malam fokus berniaga. Kalau ada homework, diorang akan siapkan kat situ jugak.


Ni kakak aku. Dia la kepala yang uruskan bisnes ni. Tanpa dia, aku rasa dalam tempoh berniaga tu bisnes kitorang ni takkan success. Bayagkan masa bulan puasa rutian dia hari hari sama. Pergi pasar naik bas. Tengah tengah panas tu. Haaiiihhh kalau aku tak sanggup weeiiii. Memang kental jiwa kakak aku tu.


Oleh kerana dik semangat dalam wujudkan family business ni, aku sebagai Markting part (cewahhhhh..bangga sungguh aku kannnn) aku siap dah buat page A&A ROJAK CORNER ni. Haaaa kalau senang korang bole la visit. 'LIKE' sekali lagi bagus... hehehhe


Sampa setakat ini sahaja ke A&A Rojak Corner?

TIDAK! TIDAK SAMA SEKALI. Aku memang berazam nak bukak kembali family business ni. Sebab aku tau rojak kitorang ni mampu menarik tekak mereka mereka yang makan. Dan takkan kecewa sama sekali. Cuma sekarang aku terfikir di mana aku nak bukak business rojak ni. Dan aku memerlukan modal untuk bina balik business ni. 

Siapa kata aku tak pernah merasa seperti peniaga lain. Berpeluh handle gerai.Berjalan sana sini amik order, hantar order. Doakan aku dapat hidupkan balik business ini. 

8 comments:

  1. Amin..gud luck tika. Dah ada niat nak buat demi family Inshaallah nanti Allah tunjuk jalan. All the best ye. .Chaiyok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak sal atas sokongan....

      Delete
  2. wah sedapnye nmpk makanan tu sume, jom berombak di Buffet Ramadhan Casa Ombak XD

    ReplyDelete
  3. Sedapnya makanan tu..tergugat iman tengok makanan tu..nasib baik dapat control lagi..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe tergugat ye... takpe nnt ika dh buka balik bisnes ni ika ajak awk mkn yeee....

      Delete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com