DAH SEMINGGU LA.... | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Monday, July 21

DAH SEMINGGU LA....

Shhhhh!!!!

Toleh kiri... Toleh Kanan... Toleh apa-apa yang patut dulu... Ok line clear dah...

Diam tak diam dah seminggu aku memulakan hidup sebagai orang yang dah 'Bekerja'. 

Dari tak bangun awal... aku kena bangun awal... Nak tak nak kena gak la sebab ofis aku kat Ampang.. so aku nak kena kejar train seawal 7 pagi. Tapi takde lah sampai sharp 7 pagi aku dapat train.. paling awal 7.20 macam tu la..

Memang bila sampai Ampang tepat Jam 9. Akak ofis aku ni kata masuk kol 9.10 - 9.30 tu kira ok lagi.. so takde la aku terlalu rushing je. Cuma nak sampai waktu yang takkan buat aku rush tu, aku kena kejar masa pagi nak naik train awal tu la.

Huuuu..tak bole ingat la kan masa awal awal aku nak pegi keje ni... fiuuhhhh mengah nye... hanya Allah je la yang tau. Sekarang ni untuk minggu ke 2 aku kerja.. aku rasa dah ok sikit la.

Ok... tu je la yang aku nak story sikit kat sini. Aduhhh sakit montot duduk lama..... 

2 comments:

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com