BUFFET RAMADHAN DE PALMA HOTEL SHAH ALAM | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Monday, July 7

BUFFET RAMADHAN DE PALMA HOTEL SHAH ALAM


Assalamualaikum semua... Sekarang ni masih mood awal ramadhan lagi, so mesti ada antara korang semua masih lagi mencari tempat atau lokasi  berbuka puasa bersama keluarga, saudara mara, dan juga rakan-rakan. Jadi aku syorkan korang cuba Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam. Dan aku ada sesuatu yang menarik untuk korang sebagai pembaca blog aku ni. Apa dia?? Haaa korang baca sampai habis dulu.

Kenapa aku sarankan korang cuba Buffet Ramadhan di De Palma Hotel Shah Alam? Seperti yang korang semua tahu, De Palma Hotel adalah satu-satunya hotel yang berkonsepkan syariah di Negeri Selangor. Ini bermakna korang tak perlu risau dengan status Halal makanan yang di sediakan. Sudah pasti ianya mengikut piawaian yang sepatutnya.

Bertempat di The Grand Ballroom, De Palma Hotel Shah Alam yang mampu menampung seramai 850 orang pada satu satu masa dan bertemakan 'Periuk & Belanga Masakan Melayu' bakal menjanjikan kelainan pada buffet pada tahun ini.


Dengan berkonsepkan Warisan Melayu zaman dahulu kala, menu yang di hidangkan juga cukup istimewa dan mencecah hampir 150 jenis lauk-pauk. Haaaa banyakkan?? Makan la korang semua sampai puas. Dan mungkin akan kenyang berlebih lebih nanti.

Jom tengok sebahagian menu menu yang terdapat di Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam





















Dan apa yang menarik yang nak aku bagi tau korang, kebanyakkan makanan yang terdapat di Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam ada di antaranya yang di masak terus dari atas dapur. So korang boleh nikmati makanan yang panas-panas dan fresh lagi. Inilah yang unik yang terdapat di buffet ramadhan ini.

Dah sedap makan, tak lupa juga dengan pemanis mulut kannnnn =)




Buffet Ramadhan di De Palma Hotel Shah Alam juga di datangkan dengan beberapa pengisian rohani yang tidak dapat di peroleh di tempat tempat lain. Sambil sambil korang makan, dalam masa sama korang boleh dengar ceramah agama oleh ustaz-ustaz jemputan. 

Dan korang semua juga berpeluang untuk solat Maghrib, Isyak dan Terawikh bersama-sama secara berjemaah. Kebiasaan nya kalau kita mengadap makanan time berbuka ni, memang akan ada yang terlepas waktu waktu solat ni. So jangan la risau, De Palma Hotel akan beri peluang untuk kita supaya tidak tinggal waktu solat yang sepatutnya. 


Dengan hanya RM75 bagi dewasa dan RM37.50 bagi kanak-kanak sangat laaaahhhh berbaloi untuk korang semua. TETAPI......... Aku ada sesuatu yang istimewa untuk korang. Apa dia??? Ni haaaa....

Diskaun 15% untuk PEMBACA BLOG!
**Nyatakan nama blog yang anda ikuti untuk TEBUS DISKAUN.

Haaaa... faham tak? Tak faham? Macam ni... bagi mereka yang nak dapatkan diskaun 15% dari harga sebenar tu korang boleh nyatakan korang dapat info ni dari blog aku iaitu www.atikahnorbaki.com , so pihak De Palma Hotel Shah Alam akan beri potongan 15% tu untuk korang enjoy Buffet Ramadhan ni. 

Untuk TEMPAHAN: 03-5542 8080 
samb.519 



6 comments:

  1. pergh makanan die memang telan air liur..ehhee..sedap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap pon.... :-) nak t diskaun jgn lupa mention blog IKA ye.... Bole claim diskaun tu....

      Delete
    2. mmg sedap btui..wah ada diskaun pulak tu....sis is the best....posa..posa..aku tetap thn liur..hehehehe...de palma shah alam..mmg mcm best ssgt nie

      Delete
    3. haaaa apa lagi try la.... nak diskaun mention je blog ni =)

      Delete
  2. sedapnya tikah... bila mase pulak dia pergi kan. hehehheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umi.... Ika g hari Jumaat lepas....ngeeee...

      Delete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com