DRAMA AKSI TERBARU 'SELUDUP' DAN PELUANG BERLAKON BERSAMA BARISAN PELAKON UTAMA | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Monday, June 30

DRAMA AKSI TERBARU 'SELUDUP' DAN PELUANG BERLAKON BERSAMA BARISAN PELAKON UTAMA


Pada 25 JUN 2014, Bersamaan dengan hari Rabu bertempat di Serai, KL Life Centre aku bersama rakan-rakan blogger dan jugak rakan Media yang lain telah menghadiri satu Soft Launch untuk drama bersiri SELUDUP yang bakal di tayangkan di ASTRO PRIMA dan ASTRO MAYA HD. 





Actually Soft Launch itu bertujuan untuk memperkenalkan atau mewar-war kan kepada umum mengenai  drama aksi terbaru ini dan juga mengumumkan barisan pelakon utama yang bakal menerajui dalam drama bersiri 13 episod ini tidak lama lagi.

Drama penuh aksi yang bakal memulakan pengambaran pada pertengahan JULAI ini mendalami isi perdagangan haram barangan seludup di negara ini.


Drama bersiri ini adalah hasil idea seorang ikon serba boleh industri televisyen , Jehan Miskin, yang merupakan Penerbit Eksekutif Mastermind Group Sdn Bhd.

SELUDUP di ilhamkan daripada kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat mengenai perdagangan haram barangan seludup, tiruan, dan cetak rompak yang telah menjadi isu sosio-ekonomi di negara ini dan menjejaskan pendapatan, keselamatan, dan kualiti hidup masyarakat.


Sinopsis SELUDUP: 

 Amran (Pekin Ibrahim), 25, merupakan seorang nelayan dan usahawan muda di Teluk Permata, sebuah perkampungan nelayan di  Pantai Barat Malaysia. Beliau amat di hormati oleh orang kampung lain dan memiliki staf serta bot-bot sendiri.

Amran mendapat tahu bahawa sekumpulan penyeludup kini mengupah nelayan kampung untuk menyeludup rokok, minuman keras dan manusia ke dalam negara.

Walaupon berdepan dengan bahaya, Amran bertekad untuk menghalang gejala ini, dan menyelamatkan kampungnya sebelum lebih menjadi mangsa. 

Produksi ini di barisi para pelakon terkenal: 


Pekin Ibrahim


Tiz Zaqyah


Namron


Raja Ilya


Syafie Naswip

PELUANG BERLAKON DALAM DRAMA BERSIRI SELUDUP:


Pihak Mastermind Production turut mengumumkan pelancaran peraduan #masukdramaseludup untuk memberikan peluang sekali seumur hidup kepada seorang pemenang lelaki dan seorang pemenang wanita untuk tampil di dalam sebuah drama di samping beberapa hadiah menarik lain bernilai hingga RM 6000 setiap satu. 

Peraduan ini TERBUKA kepada semua rakyat Malaysia yang berumur dari 18 hingga 35 tahun. Peraduan ini mudah saja. Hanya perlu :

1. 'LIKE' facebook SELUDUP 
2. muat naik video terbaik mereka dengan membaca skrip pendek
3.  kongsi kepada rakan-rakan untuk mengumpul 'like' terbanyak 

Untuk penyertaan peraduan ini boleh layari laman web yang tertera:

Uji Bakat -  Bit.ly/Seludup


Untuk informasi terkini berkenaan SELUDUP:











No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com