Bila Ibu Tanya Soal Kerja..... | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Friday, June 27

Bila Ibu Tanya Soal Kerja.....


Aku tau gambar baby ni lansung takde kena mengena dengan tajuk entry yang aku tepek tu. Cuma persamaan yang sama antara aku dengan baby tu ialah bila Ibu aku tanya...

"Angah sampai sekarang tak keje lagi.... tak tanya ke kawan yang ada kenal orang mana-mana ke"

....Dan aku akan buat muka kayak Comel macam baby tu. Dok sengih sengih supaya kurang leteran yang mungkin bakal aku terima.

Siapalah yang nak menganggur macam ni. Dengan umo time aku ni, ada kawan kawan yang hidup diorang dah stable. Dah ada aset kereta, rumah, yang dah kawin usah cakap la. Majoriti semua nya dah TAKEN. Tapi aku, masih lagi dok mencari, cari, dan terus mencari.

Tu yang adakalanya bila tengok perkembangan kawan kawan... mula lah hati luluhhh... sedih... pikir bukan bukan. Biasanya yang negatif negatif je la yang selalu menyinggah. Oooohhh so tension aku.

Sampai satu tahap buat aku rasa nak marah je kawan kawan yang post tentang perkembangan hidup diorang. Hhhmmm tak baik plak aku ni. 

Sekarang kalau nak cari kerja, aku tak tau lah apa yang payah sangat. Jangan kata position yang up sikit... position yang jawatan biasa biasa pon kadang-kadang susah. Nak tengok pengalaman , Jarak dia jauh , Kenderaan la.. aihhhh macam macam. 

Kalau diorang tak bagi peluang, macam mana kita nak approvekan kerja kita. Macam mana diorang nak tau kita bole buat ke tak kan....

3 comments:

  1. Bersabarlah..dan teruskan usaha :)

    ReplyDelete
  2. sabar ye..akak dulu pun pernah alami situasi ni.kena selalu gi career fair, bawak resume dah siap print dan drop dekat setiap booth. relevant atau tidak tu belakang kira. all the best

    p/s: jangan stress ye :)

    ReplyDelete
  3. Jangan stress adik ana.. insyaallah ada rezeki..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com