SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

PREVIEW FILEM AWAK NAK KAHWIN DENGAN SAYA?

/
2 Comments
 

Pertama sekali Thank You! Thank You! Thank You! to kakak aku Suaidahnorbaki.com sebab dia bagi aku peluang untuk hadiri preview filem baru Komedi Romantik keluaran yang ke 92 bagi MIG, 'Awak Nak Kahwin Dengan Saya?'. Actually aku hadir bukan dari invitation wakil media macam preview filem  animasi  SUPERSQUAD sebelum ni. Kakak aku dia ada menang contest dari MIG ONLINE yang aku sendiri tak tau contest apa dia masuk, then dia tetiba offer 'Sape nak tengok Erin Malik?' Apa lagi, aku grap je la. Di tolak kang rugi aku. Yela peluang bukan selalu datang. So, amik je peluang depan mata ni. Mana tau ada lagi rezeki lepas ni untuk aku dapat peluang untuk preview filem kan?


Ini adalah barisan pelakon bagi filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya yang terdiri dari Fezrul Khan, Erin Malek, Zalif Sidek, Emily Chan, Shima Anuar dan Mak Mah yang hadir pada malam preview pada 20 Mei 2014 (Selasa), 8.00 Malam, TGV Sunway Pyramid. 

Filem ini bagi aku sangat berbeza dengan filem-filem komedi romantik yang lain. Sebab watak utama yang di bawa oleh Fezrul Khan dan Erin Malek dalam filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya ini adalah watak yang jarang-jarang sekali di pegang oleh mereka berdua. Sebelum ini kalau kita tengok watak yang biasa di bawa oleh Fezrul Khan, adalah lebih serius, dan muka macam garang-garang sikit. Tapi kali ini, dalam filem terbaru MIG ni dia telah membawa watak yang berkarektor luar dari apa yang kita pernah lihat.

Sama juga dengan Erin Malek, bagi aku dia berjaya membawa watak sebagai seorang yang serabut, kalut, kulup macam watak cerita Yo Soy Betty La Fea lakonan Ana María Orozco, yang mana akhirnya telah berjaya menawan hati boss nya yang di lakokan oleh Fezrul Khan. 


Filem ini telah pon di tayangkan pada 22 Mei 2014 secara rasmi nya. Jadi korang wajib tonton filem terbaru dari MIG ini dan percaya lah setiap scene dalam filem ini takkan biarkan korang sesaat pon untuk berhenti ketawa. So Selamat Menonton Semua.







You may also like

2 comments:

  1. TUMPANG POST

    JOM SERTAI PERTANDINGAN BLOGKU TERBAIK! BERSAMA TEAOAIS.COM DAN MENANGI HADIAH KESELURUHAN BERNILAI RM1000 TUNAI!

    MAKLUMAT LANJUT : http://www.teaoais.com/2014/05/pertandingan-blogku-terbaik-bersama.html

    ReplyDelete
  2. Hahahahaha comel! nape tak bergambar dgn Erin?

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com