PENGALAMAN JPJ KU | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Saturday, May 10

PENGALAMAN JPJ KU

Tetiba senyap pulak Blog aku ni untuk beberapa hari. Maklum lah kepala aku dok stress memikirkan Kelas Driving aku, then JPJ lagi. So tensy mensy aku untuk beberapa hari ni. Memang terlalu banyak benda yang aku nak fikirkan. But for a while ni, aku lebih fokuskan tentang lesen aku. Masalah lain aku letak ke tepi dulu. Tak pon aku campak je kemana mana masalah tu. So let me fokus tentang LESEN only.

Hari berganti hari. Waktu berganti waktu. Haiiissshhhh awat neves melampau aku ni. Setiap kali nak pergi kelas driving je mesti aku neves. Dan aku selalu harap bila pakcik yang amik aku nak pegi kelas nanti dia yang akan drive kereta tu. TAPI..... sangkaan aku salah. Bila aku keluar pagar je menuju ke kereta. Dia pon keluar dari tempat memandu dan duduk kat sebelah. " AAARRGGHHHH..kena drive.."




Ni la peangai aku. Nak belajar. Tapi bila kena bawak, merungut. Ok2 fine. Masa tu aku kena jadi positif. Dan fikirkan apa impian aku nak dapatkan lesen tu. Aku bukan apa, aku takut nak redah traffic light. Risau mati enjen. Kih kih kih.. Tapi lama-lama sampai bila aku nak takut dengan traffic light tu? Dan sampai bila aku nak takut dan gentar dengan kereta. Semua tu aku yang kawal sendiri. Dalam keadaan lancar atau tak, semua atas tangan aku. So? What for nak takut takut. 

Itu la yang selalu aku akan fikirkan kalau aku tetiba rasa neves, cuak, takut. Dan sebelum aku masuk belajar driving, ramai yang cakap "Part bukit tu payah sikit" "Bukit tu susah" "Kalau kat bukit tu kena hati-hati" bla bla bla bla.... Macam macam statement negative yang aku dengar. Tapi uoallssssss semua.. praktis bukit tak susah ok! aku ulang TAK SUSAH!!!! Sebenarnya sangat senang. Tips nye, korang kena belajar 'Dengar' bunyi bila clash dah masuk. SERIUS!

Ini adalah test aku kali kedua untuk JPJ. Masa first time JPJ hari tu aku gagal. And of coz bila dah gagal sekali aku down sangat sangat. Aku takut aku tak lepas. Kalau tak lepas kena tambah duit lagi. Tambah itu la ini la semuanya kena pakai duit. Wowowo... aku tak boleh macam tu. Aku kena ingat jasa mereka yang bagi RM aku untuk aku dapatkan lesen tu. So aku kena struggle habis habisan.

Dan seperti biasa. Gagal pertama kali itu adalah tempoh belajar dan improvement untuk aku. Waktu menunggu untuk hari yang di nantikan dah tiba. EXAMINATION DAY. JPJ. Fokus. Tenang. Sabar. Cool. dan yang paling penting YAKIN. Doa turut ku panjatkan semoga segala nya di permudahkan. Dan DOA ibunda juga ku pohon mengiringi aku. Haaaa.... tengok..nampak tak yang aku betul betul nak dapatkan lesen ni. Lesen ni adalah kaki segala-gala untuk aku. Masa untuk aku bantu Ibu. 



Tiba saat aku punya turn untuk test dalam litar. Bukit. Parking. 3 penjuru. Komponen yang mendebarkan. Dengan hati tenang aku mula kan test dengan lafaz Bismillah. Bayangkan wajah Ibu. Sampai bukit, dah target dekat line tengah. Ok... clashhh... brekkkkk!!! Tarik hand brek!!! Fiiuuhhhh... Cikgu aku pesan gear tak payah free kan. Sebab takut nanti nak tarikkan clash, tak masuk pulak kereta nak jalan. Sebab gear tak masuk habis. So possibility berundur tu akan berlaku. Tergiang ngiang pesanan cikgu masa tu. 

Ok! jalan! Kata penguji JPJ tu. So kaki aku tekan sampai 4 and over sikit ke 5. Maintain kan kaki kat minyak tu. Then angkat clash pelan pelan. Sampai bunyi enjen tu dah mula slow and meter minyak turun. Ok! lepas kan handbrek. Kereta tak mengundur. Tekan minyak sikit untuk bagi dia bergerak. Alhamdulillah lepas. Aamiinnn.. Memang majoriti candidate yang amik test semua risau bahagian yang dalam litar. 



Masa test jalan raya ni serius tak boleh bla la aku cakap. Haiiihhhh nasib la aku ni sedang di test. Memang pura pura baik tahap aktor betul aku ni semalam. Seperti biasalah bila nak test ni, kita memang akan fikir orang JPJ tu mestu garang. Haaa semalam aku siap kena bebel lagi. Sepanjang jalan dia bebel. Aku nak komen banyak banyak pon memang aku bawak agak slow dan neves. Tapi still ok lagi la. Tapi masalah nya plus dengan dia berterusan bebel, enjen aku siap termati ok. Hadoooiii...tapi aku sebaik baiknya tak ulang la kesilapan yang sama masa test aku yang pertama tempoh hari. Berhati hati aku bawa. Biarla kena bebel pon. Tapi dalam masa sama aku cuak sangat. Aku pikir 50 50 je. Samada aku lulus or tak.

Dan akhir nyaaaaa..... dia bagi aku LULUS! Alhamdulillah.... terima kasih encik JPJ. Kena marah pon kena la. =)



Lepas sudah beban di kepala. Heheheh now bole fikirkan yang lain pulak =)
 

6 comments:

  1. wahh tahniah2.. amal pun sampai dua kali test :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe gagal pertama untuk improvement :-)

      Delete
  2. Tahniah. Aida dulu skali aje. Tu pun sebab pakcik officer jpj. If not gagal ha ha ha kat trafik lights termati enjin! Driving is fun yeeeee hah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah waaahhhh untung la pakcik orang JPJ. Kita kalo ada pakcik JPJ pon sonang hati ehhh...kompom bole lulus... Hahahah

      Delete
  3. Replies
    1. Hehehehe sama sama.., salam kenal juga buat si diary manis...

      Delete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com