BILA ORKID BERBICARA DALAM DIAM | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Thursday, May 1

BILA ORKID BERBICARA DALAM DIAM

Secara zahirnya, kalau tengok memang aku rasa nak buang je pokok orkid ni. Ini pokok orkid kat laman rumah aku. Memang favorite Ibu aku pokok orkid ni. Pokok lain dia tak berapa suka. Kalau mata dia terpandang kedai bunga yang ada pokok orkid ni memang gila la. Entah kenapa Ibu aku ni fans sangat pon tak tau lah.

 


Setiap kali kalau aku kemas laman rumah aku, hati memang nak je buang ni. Yela tinggal batang je. Takde daun. Tapi tahan gak hati ni dari melakukan kekejaman tu. Tak pasal pasal  kalau Ibu aku tanya mana pokok dia. Jenuh aku nak explain pulak. So aku biarkan je la. Tertanam dalam pasu dan arang tu. Hari-hari di siramkan jugak air. Dengan harapan dia masih boleh hidup. Kalau nak buang, biar Ibu aku je yang buat. Biar dari tangan dia sendiri. 

Pastu baru tadi aku perasan yang pokok bunga Ibu aku ni ada kuntum bunga yang baru nak berbunga. Unexpected!. Dan ada pokok orkid Ibu aku ni yang aku tak perasan dah pon berbunga. 

 

Kalau melihat dari mata kasar, aku memang tak kan faham apa-apa dari pertumbuhan orkid ni. Tapi bila aku renung orkid ni dengan pandangan mata hati, aku dapat merasakan pokok orkid ni cuba berbicara dengan aku. Seperti yang kita sendiri tahu, tumbuhan akan hidup apabila ada air dan matahari. Mungkin orkid ni takde kudrat untuk berbicara dengan aku yang dia masih lagi nak merasakan kehidupan di bumi Allah ni. Mungkin dia tahu yang dia tak punya apa-apa. Hanya batang bunga saja yang support dia untuk hidup. Tapi dalam diam rupanya orkid ni kuat tempuh hidup dia tanpa ada apa-apa. 

Apa yang kita semua tahu, tumbuhan ini terhad untuk mereka melakukan sendiri. Untuk peroleh tenaga dan apa-apa saja untuk support hidup dia. So, Kalau terhad, apa lagi yang boleh dia bergantung harap? Pada Allah s.w.t saja la yang mereka bergantung. Jadi siapa sangka pokok yang aku anggap dah mati, tapi boleh mengeluarkan lagi bunga yang cantik. Jadi dengan pandangan ini, aku kaitkan dengan hidup aku. Pokok orkid ni betul-betul mencerminkan tuan nya. Kuasa Allah s.w.t lebih dari segala-galanya.

Itu lah juga yang aku harus buat. Beza nya sekarang aku bukan orkid. Aku manusia. Yang di kurniakan kudrat. Otak. Hati. Akal. Sempurna sebagai seorang manusia. Jika orkid masih boleh teruskan hidup dia kenapa tidak aku? Masalah aku sudah pasti lebih besar dari apa yang orkid tu tanggung. Tapi kenapa dia boleh dan aku tidak? Banyak benda yang aku belajar. Dan yang utama nya yang aku perlu betulkan dalam diri aku adalah perlu 100% berserah dan berdoa pada Allah s.w.t. Bila aku berjaya ubah cara pemikiran aku, amalan Ibadah aku, keajaiban pasti akan Allah turunkan pada aku. Yang penting aku perlu Sabar dan Jangan Putus Asa. 

Kadang kadang untuk tinggal kan pesan atau peringatan, tak perlu melalui manusia bijaksana saja, tapi 'mereka-mereka' ini juga mampu buat kita berfikir luar dari kotak pemikiran kita sendiri.

Sekian untuk renungan bersama. 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com