THE CAPTAIN STEAMBOAT & GRILL [KLANG, MERU] | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Monday, April 21

THE CAPTAIN STEAMBOAT & GRILL [KLANG, MERU]

Kalau teringin nak makan steamboat yang best bet idea mesti nak pergi Flamingo, Sunway. Tak pon ada satu restoran steamboat ala ala Jepun tu. Apa ke nama nya. Jap jap searching encik Google sat. Haaaa dapat pon nama nya Seoul Garden. Tapi aku selalu layan Johnny Restaurant. Kat Jusco Bukit Rajah. Tak pon pegi kat Setia City Mall. Dia ada bukak branch kat sana. Selalu nya nak makan steamboat ni bila nak celebrate hari jadi ke atau adik beradik balik berkumpul so nak makan sesama semua.

Bila Otak pikir je nak makan steamboat, itu je la yang di cari nya. Tempat nak mall je. Sebab nya aku ni duduk ala ala pekan bandar plus ada kawasan perkampungan sikit. Memang tak rasa la kawasan area pekan pekan ni ada. So now! orang Klang especially yang berada di kawasan Meru, korang boleh try restaurant THE CAPTAIN STEAMBOAT & GRILL. Laluan Jalan Kopi. 


Ini adalah pertama kali aku jejak kaki ke sini. Unexpected, bila aku sampai memang takde space nak parking. Mungkin pertama sebab location Restoran ni betul betul tepi jalan. Dan takde parking khas untuk kereta. So yang datang memang pakat parking kat tepi tepi jalan je. Tapi masa aku sampai dengan famili aku, memang dah penuh gila kereta. Takde tempat. Tapi salute dengan staff diorang, sebab diorang turun dan bantu customer datang untuk parking. Sebab kalau boleh dia tak nak customer yang datang makan akan ganggu laluan lalu lintas. Good Service!


Perkara kedua, rupa rupa nya memang restoran ni dah ramai yang tahu. Kira aku ketinggalan la. Tengok je kat pic ni, ni kira aku amik dari sit yang belakang sekali. Depan tu semua Full House. That why aku cakap ramai yang dah kenal restoran THE CAPTAIN STEAMBOAT ni. 



Ini antara pilihan pilihan makanan dia. Buffet style. Makan la sampai korang tak boleh bernafas lagi. Aku tak dapat nak capture satu satu sebab masa tu ramai orang. Kang orang belakang marah pulak aku. Nak makan sebok bergambar kan. Tapi lantok laahh. Aku buat sebab nak share dengan korang kat sini.


Pilihan air yang banyak. Korang nak manis, panas, sejuk, air kosong ada ais, air kosong saja. Semua ada. Yang best nye kita bole amik air ni bape Jug yang kita nak. Refill la ekau banyak kali. Takde yang marah. 


Saat ni yang best. Part masak memasak atau kita panggil Grill. Sedap kan nampak. Sori la camera Handphone je dik nonn. Even quality tak cantik pon but nampak selera kan. =)

Harga:
Dewasa RM 21.90
Kanak-kanak 7-12 Tahun RM 9.90
Kanak-kanak bawah 7Tahun (FREE)

RESERVATION & ENQUIRY : 019- 235 4796

DAILY OPEN:  6 pm - 12 Midnight 


Boleh la share info ni dengan kawan kawan yang lain. Especially yang duduk area Klang dan nak cuba makan steamboat boleh datang ke sini. 

**Lapar pulak post pasal makanan ni. =)







12 comments:

  1. Ni yg buat aku terliur ni...dah lama tak gi makan steamboat ni.... leh lah ajak wife dtg sini.... Tq for sharing....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaaa meh datang makan sini. pastu belanja la kita gak... hahhaha

      Delete
  2. affordable and valuable for money. Bertuah org Klang dpt mkn steambot murah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. MK Kimi.... Dtg la mkn kat sini.... :-)

      Delete
  3. Ada lalu lalu dah tapi tak sempat nak try. Tggu gaji ajak famili. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo yeke... haaa nnt bawak la famili... best!

      Delete
  4. Assalammualaikum tq atikah sismoon dtg ke the captain steamboat & grill..sya izyani zain crew the captain..

    ReplyDelete
  5. Dah try hari tu.. not bad la.. ok gak.. penuh je memanjang. Nasib baik dah bt booking..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com