DiGi WWWOW AWARDS: Percubaan Pertama Blog It Not About Size | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Tuesday, April 15

DiGi WWWOW AWARDS: Percubaan Pertama Blog It Not About Size


Tak pernah aku terfikir nak masukkan atau libatkan blog aku yang belum matang ni dalam apa-apa sahaja bentuk Awards. Tapi kali ini tidak lagi. Aku tak peduli apa sahaja bentuk rintagan, cabaran, atau persaingan, aku tetap jugak nak letak kan blog aku yang baru nak meningkat dewasa ini untuk di perkenalkan ke mata-mata antarabangsa. Wahhhh tinggi betul impian dan mimpi aku tu kan? Mustahil ke? Aku percaya benda ini tak mustahil untuk aku capai sampai ke tahap yang mungkin tak aku jangka kan.

Ya, mungkin benarlah kalau nak di bandingkan blog aku dengan blog blog mereka yang dah sedia ada lama dalam market blogger ni, bagai langit dengan bumi katakan, tapi itu bukan alasan untuk aku terus bersembunyi disebalik tirai dunia maya sehinggakan ramai yang tak nampak kewujudan aku selama ini.

Sampai bila aku terus bersembunyi? Sampai bila aku harus rasa terpencil. Ya mungkin benar juga ilmu aku tidak setebal ilmu blogger yang lain. Mungkin benar jugak blog aku tidak penuh dengan kunjungan atau komen dari pembaca yang lain. Memang benar jugak blog aku ini tidak cukup informasi dan ilmu mengenai blog memandangkan aku pon masih lagi menggali ilmu ilmu dari para ilmuan blog di luar sana. Tetapi itu tidak bermaksud aku harus terus rasa aku ni TAK LAYAK angkat nama blog aku ke LAYAR PERAK.





Wahhh sangat dramatik betul ayat aku tu kan? Ramai mungkin dah beranggapan dan termasuk jugak aku, mustahil la aku atau mereka-mereka yang di luar sana boleh menang dengan mudahnya. Blog yang tak di kenali. Orang pon belum kenal habis-habisan identiti blog aku ni, tak mungkin la dengan mudahnya aku boleh menang awards. Ya aku sedar akan hakikat tu. Melainkan 'LUCK' sahaja atau 'REZEKI'. Haaa yang ni orang takkan cakap banyak dan pertikaikan kenapa boleh menang. 

Aku tak kisah menang atau kalah, itu adat pertandingan walaupon jika di beri keizinan aku nak menang. Tapi yang paling aku terujakan sekarang, aku berharap sangat DiGi Wwwow Awards ini boleh buka atau akan menjadi platform atau tapak untuk aku kembangkan dan bawa nama blog aku It Not About Size ini ke taraf yang setanding dengan blogger yang lain. 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com