CONTEST: SELAMAT HARI JADI MYNAMEIKA DENGAN TEMA "HIDUP UNTUK MEMBERI" | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Wednesday, April 9

CONTEST: SELAMAT HARI JADI MYNAMEIKA DENGAN TEMA "HIDUP UNTUK MEMBERI"

Actually idea contest ni last minit aku terfikir. Dah lama tak buat contest so rasa teringin nak buat pulak. Objective utama aku nak rapatkan ukhuwah bersama teman teman blogger aku. Menambah kan kelompok size persahabatan.Tak kisah lah korang dah senior ke, junior ke bagi aku semua tu tolak tepi. NO SENIORITY dalam konsep berblog ni. Semua sama je. Kenapa aku cakap macam tu, sebab bagi aku kita berblog ni takde siapa yang akan berhenti dengan tanda nokhtah dan di iktirafkan TELAH BERJAYA. Setiap hari masing-masing akan mencari dan mengejar ilmu sebanyak mungkin untuk memantapkan lagi kerjaya berblogging ni. 

Contest aku kali ni agak pelik. Sepatutnya bila hari jadi aku yang akan jatuh pada tanggal 13/4/2014 ni orang bagi aku hadiah (ada ke yang nak bagi aku hadiah?), Ni aku pulak nak bagi orang hadiah? Korang kena tahu "Hidup yang penuh dengan perbezaan dan kejutan itu adalah sangat indah." Dan  hadiah yang di tawarkan oleh pihak penaja dalam menjayakan contest aku kali ini adalah cukup istimewa. So sebelum aku citer panjang lebar, aku akan bagi tahu hadiah yang bakal di terima pemenang bertuah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

HADIAH BAKAL DI TERIMA PEMENANG:

Lima (5) pemenang bertuah akan menerima

TOPUP RM20 (maxis/celcom/digi)

beserta

BUKU "MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI" 
Kedua dua hadiah ni adalah fully Tajaan SN GADGET (sila klik link untuk lihat gadget terkini dari SN GADGET) 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila dah nama pon contest/pertandingan mestilah ada apply Rule and Regulation. Betol tak? Rule yang paling perlu @ wajib di patuhi ialah, korang perlu duduk/tinggal dalam MALAYSIA. Kalau tak payah aku nak pos hadiah nanti. =) 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cara-cara menyertai contest:

1. Tepek tajuk CONTEST: SELAMAT HARI JADI MYNAMEIKA DENGAN TEMA "HIDUP UNTUK MEMBERI"

2. Like page Penaja@Sponsor SN GADGET . 
*kenapa kena like? yela penaja nak bagi hadiah kat korang kan. so biarlah mereka kenal siapa orang-orang yang bakal terima hadiah dari mereka. 
*Psstt: SN GADGET adalah JURI utama contest kali ni =), tiada konsep rasuah merasuah dengan juri ok!

3. Cerita apa yang korang faham dengan tema contest 

 "HIDUP UNTUK MEMBERI"
*(panjang atau pendek entri korang semua adalah terpulang asalkan berkesan pada hati dan sanubari itu pon dah cukup )

4. Dah siap! sila post entri anda beserta URL blog di ruangan komen contest ni ATAU pon boleh juga post kan entri anda di page Blog: It Not About Size (dah alang alang datang page aku, LIKE la sekali ye)

5. Due date contest pada tarikh 20/4/2014 (segala perubahan akan di maklumkan)

Final part, anda akan di adili seadil adil nya. Itu Pasti!

**SELAMAT BER'CONTEST' SEMUA!!!!

5 comments:

  1. saya join :)

    http://my-contest.blogspot.com/2014/04/contest-selamat-hari-jadi-mynameika.html

    ReplyDelete
  2. http://cenderahation9.blogspot.com/2014/04/contest-selamat-hari-jadi-mynameika.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya,betul link tu.saya join:
      http://cenderahation9.blogspot.com/2014/04/contest-selamat-hari-jadi-mynameika.html

      Delete
  3. http://www.suesopian.com/2014/04/contest-selamat-hari-jadi-mynameika.html

    ReplyDelete
  4. http://theonlygirl98.blogspot.com/2014/04/contest-selamat-hari-jadi-mynameika.html

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com