Catuan Air Selangor: Berbaik sangkalah Pada ALLAH | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Saturday, April 5

Catuan Air Selangor: Berbaik sangkalah Pada ALLAH


Aku kalau setakat takde letrik, masih boleh tahan lagi. Walau pon bila takde letrik tentu tentu la akan berhadapan dengan kepanasan tahap microwave punya. Tapi jangan lah takde air. Dah tentu tentu otak akan buntu. Masa tu la rasa nak terberak la, nak terkencing la, dan macam macam lagi rasa yang datang tiba tiba. Masa ada air takde pulak aku nak rasa macam macam. Saat darurat pulak la perasaan tu datang. 

"Ish air ni...time time ni la pulak nak kena catu bagai. Habis aku nak berak pon susah!"

"Takde air ni banyak benda la tak bole buat. Air yang tadah ni pon macam tak cukup je. Haaa! korang kalau nak mandi jangan nak guna air melimpah ruah sangat! Dah la tengah takde air ni!"

Pompang! pompang! pompang! kita ni kadang kadang membebel sebab benda ni. Aku rasa ramai la yang akan keluarkan rungutan yang macam ni. Kalau ikut logik dan fakta yang berlaku, kerajaan terpaksa catu air sebab kekeringan atau kekurangan sumber air yang berlaku di keseluruhan kawasan selangor sekarang. Itu apa yang aku rasa kan lah. Tapi sebab musabab yang lain maaf la aku tak kaji lagi. Kalau aku dah dapat info yang tepat, aku akan tepekkan dalam blog Its Not About Size aku ni.

Jadi bila kite terlalu fikirkan yang nyata dan fakta ni, secara tak lansung kita akan lupa apa yang berlaku semua ni adalah perancangan dari DIA. Apa yang di rancang tu sudah tentu dia tahu kebaikan nya pada kita. Atau mungkin ini semua adalah ujian sebagai pelajaran untuk hambanya. 

Contoh nya rasa bersyukur. Aku amik contoh diri aku la. Masa time ada air, aku sendiri jarang ada rasa bersyukur sebab DIA masih beri air pada aku. Rasa macam tak penting je. Yang aku tau rumah aku masih ada air dan memang ada air. Dengan sumber air tu kehidupan aku jadi lancar.  Tapi bila takde sekarang, mula la rasa nikmat senang di tarik sikit demi sedikit. Allah bagi aku belajar hidup susah. Belajar bersyukur lain kali. Jangan membazir. Jadi automatik fikiran kita akan tenang dan redha dengan ujian ini.

Akan tetapi....

Dalam DIA tarik nikmat yang sedikit ni, dia lansung tak tak tarik nikmat rezeki yang lain Contoh nya korang tengok ni.


Dalam keadaan air di catu pon, aku masih lagi bole masak macam biasa. Bole lagi minum air kopi panas. Bole lagi masak nasi macam biasa. Di situ DIA masih lagi beri rezeki makanan pada aku sekeluarga. DIA masih lagi tak benarkan kitorang rasa lapar. Dalam keadaan kekurangan ni, bila kita masih lagi rasa rezeki kita tetap CUKUP, Tetap juga akan cukup. 

Jom Makan! Lapaqqqqq!!!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com