KEDAI KAIN 1 MALAYSIA & KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Monday, March 31

KEDAI KAIN 1 MALAYSIA & KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA

AMARAN: Ini Bukan Blog Politik dan tidak Mengandungi sebarang isu politik. SEKIAN.

Sejak wujudnya Kedai 1 Malaysia ni yang aku sendiri tak aware bila masa kewujudan nya (nanti-nanti la aku google) dan Yang aku tau hanya sebut slogan 1 MALAYSIA je. Ni la kali pertama aku masuk dan jejak kan kaki ke dalam kedai Kain 1 Malaysia dan Kedai 1 Malaysia. 

Jumaat lepas, aku balik kampung belah ayah aku kat Bagan Datoh, Perak. Kerana ada urusan keluarga yang tak dapat di elakkan. Baru perasan kat pekan Bagan Datoh tu ada kedai 1 Malaysia ni. Sebenarnya dekat area Klang atau area Selangor aku sendiri tak tau kat mana lokasi kedai 1 Malaysia ni ada. 



Pertamanya aku akui aku tak rasa penting nak tau sebab perception mengatasi kehendak. Pernah gak aku terfikir yang mana perkara pertama bermain kat otak aku, BERKUALITI ke barangan kat kedai 1 Malaysia ni? Kalau nak compare kan harga dengan kedai kedai biasa, aku rasa memang pon kedai 1 Malaysia ni kemungkinan harga dia lebih murah atau lebih senang di maksudkan ialah MAMPU MILIK

So dah alang alang kedai tu kami dah jumpa depan mata, singgah je la terus kan. Kalau tak membeli belah pon, sekurang-kurangnya pernah la jugak jejak kaki ke kedai Rakyat 1 Malaysia. Ibu aku actually teruja nak tengok tengok kain yang di jual dalam kedai tu. Yela dia suka menjahit. Dan ada juga planning nak jual baju jahitan dia sendiri. So, kira macam survey la harga harga kain. Kot kot la rezeki sampai, bole la cari supplier kain murah-murah tu.


Masuk je, aku terus tengok satu satu setiap kain yang ada. Dah tengok, pastu pegang pulak. Yela nak rasa kain tu sedap ke tak. Macam seperti dalam anggapan. Ada rasa nye lembut, sejuk..pastu ada gak yang rasa nya keras, panas. Ala..bagi aku tak pelik kot. Kedai kedai kain biasa pon sama jugak. Tak semua nya rasa sedap seperti yang kita harapkan. Contoh macam kat Jekel. Yang mahal, conform conform la sedap..sejukkk... selesa....tapi kena take note...iaitu PRICELY sikit. Jadi kalau rasa nak cari kain yang under budget, dont be so demanded sangat la kan. But, yang kain under budget pon still ada yang cantik dan selesa rasanya.

SERIUS!!



Selepas si Ibu selesai memilih nak yang itu ke ini, aku pon sempat la jugak menyinggah ke kedai Rakyat 1 Malaysia. Konon konon nak buat pemantauan la konon. Padahal selain nak cari deodarant aku yang dah habis, aku saja nak masuk amik gambar, yang tu PENTING! Untuk pengisian blog aku ni. Lepas tu ronda ronda la kejap dalam kedai tu. 



Ni je gambar yang aku dapat snap dalam Hp aku ni. Actually barang barang ni kat area depan je. Tak masuk dalam lagi. Nak amik lebih lebih tetiba aku perasan ada staff dia dok perhati kat aku je. Dah tu aku buat tak tau, terus kuar dari kedai ni. Dan dan mata aku terus melilau kat dinding kedai kot kot ada note yang diorang tampal untuk warning CAMERA NOT ALLOWED. Kehkehkeh!!!!


Selfie la kojap yoooo!! =)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com