SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

Genap 3 bulan dah dia....Baby Mia

/
0 Comments

Terlambat aku nak update post ni siang semalam. Dok jaga budak kecik ni and dengan buat kerja rumah so tak boleh nak buat on time. Tapi dalam masa buat kerja memang dah dok terpikir yang aku kena juga buat post tentang si kecik Baby Mia. Semalam 4/3/2014 genap sudah budak kecik si Baby Mia menjadi 3 bulan. Aku mula jaga dia masa awal-awal bulan dua hari tu.  Kira diam tak diam dah sebulan dia dalam jagaan aku. Ragam dia dari aku tak tahu sampai aku dah faham. 


Ingat lagi masa pengalam pertama jaga dia, Ya Allah asal nangis je aku dah cuak. Tak tahu apa yang dia nak. Lapar ke, Haus ke, Panas ke, Sakit badan ke. Kalau korang follow blog aku ni, aku ada buat entri tentang ragam si Baby Mia Klik Sini . Tapi sekarang aku dah boleh kata fully faham ragam dia. Takde dah cuak cuak macam masa mula-mula dulu. 

"Baby Mia...akak doakan adik membesar dengan sihat. Dah masuk 3 bulan haaa jangan nak mengamuk-ngamuk lagi ye. Kurangkan la sikit nangis tu. Nangis bila perlu je. (wahh macam bole kontrol plak nangis tu kan). In shaa allah ada rezeki akak bole jaga Mia lagi. Tapi kalau akak dah dapat keje nanti, hope Mia dah tak kuat meragam ye. Cian nanti orang jaga Mia tu. Tak pasal-pasal dia yang nangis."

Sabar menanti untuk 4/4/2014 pulak. Hehehehe.... 






You may also like

No comments:

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com