SELFIE: Penyebab kehilangan KEYAKINAN DIRI. | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Wednesday, February 12

SELFIE: Penyebab kehilangan KEYAKINAN DIRI.

Jujur la aku katakan pada awalnya aku tak tau apa itu SELFIE. Haram jadah apa pulak perkataan ini. Setakat SELFISH tu tau la juga.  Tak sampai seminggu pon aku tau makna selfie ni apa ( perkara yang kita selalu buat sekarang AMIK GAMBAR sendiri) dah kuar pulak statement macam ni "SELFIE PENYEBAB KEHILANGAN KEYAKINAN DIRI"

WHAT??

Gambar ini adalah salah satu contoh selfie =)

Melalui sumber yang aku dapat tadi:

trend popular ‘selfie’ ia boleh menyebabkan mereka hilang keyakinan selain menyebabkan ketagihan yang boleh membawa kepada impak negatif terhadap kehidupan dan pekerjaan mereka.
Budaya selfie ini semakin popular di kalangan pengguna internet, terutama remaja dan kumpulan pelajar, dimana mereka memuat  naik gambar-gambar mereka ke laman media sosial bagi mendapatkan perhatian
“Memberi terlalu banyak perhatian kepada selfie sendiri dengan terus memeriksa komen yang diberikan kepada mereka dengan harapan mendapat jumlah ‘like’ paling banyak merupakan satu petanda bahawa selfie boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah buat  mereka, termasuk kemungkinan untuk hilang keyakinan,”
 - Jabatan Kesihatan Mental Thailand -


keyakinan diri adalah penting kerana ia membolehkan seseorang itu merasa berpuas hati, gembira, berupaya menerima kebenaran dan bukan untuk mencari cinta atau perhatian daripada orang ramai.
Mereka yang kehilangan keyakinan akan merasa gementar, teragak-agak dan tidak gembira dengan kehidupan sendiri. Hidup dalam keadaan ini untuk satu jangka masa yang lama boleh menyebabkan gangguan mental dan emosi seperti paranoia, cemburu, penumpuan kepada perkara yang remeh serta kemurungan.
Hilang keyakinan ini bermakna mereka tidak akan mahu untuk mencuba perkara baru dalam kehidupan mereka dan mereka hanya akan mengikut atau meniru orang lain, dan ini akan menyebakan kesukaran bagi mereka untuk memajukan diri sendiri.
Bagi memberhentikan ketagihan selfie, mereka perlu memberi perhatian  kepada orang ramai dan perkara di sekeliling mereka selain meluangkan masa bersama ahli keluarga serta rakan-rakan dengan bersenam, menonton filem atau bercuti.
__________________________________________________________________________________
Baru je aku berjinak jinak nak buat gak selfie selfie ni kan... rasa macam tak jasi pulak. Bila baca statement pakar kat atas tu ada betol nye gak. Kenapa kita ber'selfie' sebab kita nak perhatian dari orang ramai. Bila kita dah post pic selfie masing-masing tu, ofcz kita memaang nak tengok orang respon kat pic pic kita tu. Dan ia sangat normal untuk kita tunggu post comment yang best best dan banyak orang like pic kita.
Kalau orang tu memang yang sedia ada cantik nye. Orang like banyak ke sikit ke bukan dia kisah. Sebab dia cantik. Tapi kalo mereka mereka yang biasa2 je... yang mencuba nak ber'selfie' seperti orang lain.. lain pulak jadinya. Biasanya komen jarang.... melainkan ianya betol2 lawa@cantik. Tapi ni kadang-kadang like pon belum tentu bole cecah 5 dan ke atas. So kita pon akan rasa.. 
"eeemmm... yela aku ni tak lawa... itu laaa..ini la... bla bla bla...."
Conform nye akan pikir camtu. Dan perkara tu akan buat kita rasa down sangat. Aku rsa aku SETUJU dengan perkara ini. Aku tak tau lak korang macam mana. So sempena nak tunggu jawapan masing-masing...aku nak ber'selfie' lagi.... KO ADO!!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com