SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

Perlukan ruang satu hari untuk...

/
0 Comments
Siapa kata hal berkaitan diri sendiri tu tak penting. Kita pon kalau boleh nak je fikirkan tenntang something yang boleh buat diri sendiri happy. Tak kisahlah dengan lambakkan diri dengan kerja yang bertimbun supaya kita kurang untuk memikirkan masalah dan kesedihan diri. Ada antaranya juga memilih untuk menghabiskan masa dengan kenalan dan rakan supaya diri sendiri tidak terlalu fokus dengan masalah dan kecelaruan yang berkumpul dalam otak masing-masing.

Tapi takde siapa dapat jamin perbuatan tu semua dapat menyelesaikan apa yang sebenarnya yang kita hadapi dalam hidup ini. Pada awalnya dengan merasa tindakan itu adalah paling relevan tapi takde siapa yang dapat memberi sebarang jaminan.

Macam aku... untuk aku tidak terlalu memikirkan masalah dan kesedihan..aku ambil langkah untuk khayal dengan laman sosial atau juga tambah kan kenalan dalam simpanan list kenalan aku. Kononnya aku boleh lari dari terus berfikir berfikir dan terus berfikir. Tapi sangka aku salah. Apa yang aku cuba elakkan tetap segar dalam ingatan.

Contoh bila aku rasa nak menangis.. jadi aku kena adakan ruang dalam jadual peribadi aku untuk aku keluarkan segala-galanya. Kita ni kadang-kadang lepas pandang dengan diri sendiri. Tubuh kita..akal pemikiran kita ... semuanya inginkan masa mereka. Walaupon kita rasa 

"ala takpe.. aku oke je buat tu buat ni..so tak yah aku fikir masalah."

Tapi itu boleh dikira tak adil dengan diri sendiri. Tapi mana lah kita ni nak sedarkan. Yela diri sendiri. Rasa macam ok je. Boleh tanggung. Fine! dan macam-macam lagi lah...


You may also like

No comments:

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com