"Terpaksa ku cancel kan semua...." | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Saturday, February 8

"Terpaksa ku cancel kan semua...."

Macam biasa hujung-hujung minggu ni kalau takde 'kondangan' tak sah. Dari minggu lepas lagi Ibu dah remind dah...

"8 haribulan nanti ada 2 jemputan tau..."

Biasa lah bila anak2 dah besar ni kena la Ibu aku tu rajin pergi undangan majlis kawin kan. Sat lagi kalau puteri-puteri dia nak kawin tak la susah org nak datang. Memang biasa sekarang kena ingatkan diri sendiri macam ni. Budaya kita orang Melayu macam tu. Tu kira respect orang la. Tak datang kang orang pikir kita ni sombong. Kan tak elok perspektif macam tu. Ye tak??

Untuk hari sabtu sekarang aku tak bole nak bangun lewat sangat pon. As usual korang pon tau aku jaga Baby Mia kan,dalam kol 8 pakcik aku akan datang hantar Mia kat umah ni. Dan di sebabkan hari ni aku planning nak pergi wedding,so ingat nak bawak la si Mia.

Dari semalam aku dah remind pakcik aku...

"Oco jangan lupa bawa Mia punya stroller dengan beg kendong dia tu..."

Excited aku nak bawa Mia jenjalan. Maklumlah...dah lama tak bawa Baby kan...so ingat ni la masanya.... Bila nak bersiap tadi si Mia bantai meragam pulakkkkk.... dari mandikan dia pagi tadi... sampai la nk otw nak bersiap pergi wedding.

Nangis....nangis....nangis....jeee.... haiippp pening pulak aku nak senyap kan dia... bagi susu dah... tak cukup 1... bagi lagi 1 botol... nangisss lagi... dah tu Ibu dah pening tak tau nak buat pe... kitorang suggest nak bawa pegi klinik. Takut Mia kembung perut lagi pulak....

Balik dari klinik, aku cakap kat ibu...

"takpe lah bu... ibu pergi la kenduri dengan adik2... angah dok umah jaga Mia je....

Akhirnya Nasi Minyak gantikan dengan Nasi Goreng je....

*Demi mu Baby Mia....no Nasi Minyak for today...

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com