KAMI HISTERIA | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Monday, February 10

KAMI HISTERIA


OK! Aku tak planning pon nak tengok citer KAMI HISTERIA ni. Masa dengar lagu dia kat ASTRO yang dok ulang tayang OST lagu diorang tu, aku cakap sorang-sorang..

"Apa benda la citer ni. Ngarut je..."

*AMARAN: Itu adalah first impression aku SEBELUM aku 'tertengok' tadi.

Pada awalnya tadi (dekat Cinema MidValley) aku nak tengok citer Robotcop. Alih alih penuh pulak. Yang diorang dok tunjuk kat screen 'now showing' pon tinggal Pukol 2.20pm. Tu pon 'sELLING fAST' pulak. 

Kenapa aku tak amik waktu lain je??

Bukan taknak amik, cuma aku malas nak amik yang masa lambat lagi. Kerana ofcoz aku akan balik lambat punya. Nanti telinga aku 'panas' pulak kena leter dengan ibu. Dan MR B pon kebetulan tak nak lambat balik. Ada urgent. So yang paling hampir citer dalam pukol 2pm adalah KAMI HISTERIA.

NO CHOICE! accept je la. Dalam kepala dah bermacam-macam soalan dan bayangan tentang cerita tu. Cuma aku terfikir tadi conform ngantok! Movie start pukol 2pm. Tiket aku beli masa tu dah 2.15pm. So mesti dah start kan? Eeemm biar la. Jalan dengan slow nye beli air dengan meatball. Lapar tak makan lagi.

Bilik 12. Seat 01-02. Movie dah suku. Tak kisahlah. TAPI....

Baru je aku letak bontot.... aku sendiri dah 'hahahahhaha!!!' dan yang tak boleh bla nya MR B pon 'hahahahahahah!!!' juga. EEeemm bole tahan juga. Ok aku still layan lagi. Takpe takpe awal lagi. Tengok lagi next part. 


Semua part ni adalah KELAKAR! Aku ulang KELAKAR!!!

Pon boleh tahan gak watak FAZURA ni. Cik Lang oooo Cik Lang.

*So jangan tanya aku banyak sangat. Better korang pergi wayang tengok sendiri. Kalau tak percaya pergi la beli.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com