Bila Ibu bagi green light pada aku untuk BERKAHWIN.. | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Friday, February 14

Bila Ibu bagi green light pada aku untuk BERKAHWIN..

Tengah jalan-jalan kat Tesco tadi cari barang adik aku. Si kecik tu sejak dari mula sekolah bulan lepas...ada je barang yang dia nak beli. Board lukisan lah.. baju Bomba la... seluar sukan la...itu lah ini la.. ada je la yang tak cukupnya. Kitorang dulu pon sekolah gak. Tapi takde la banyak demand macam dia. Asal kurang je..tak cukup barang je..order...je la nak mintak itu ini.

So bila sampai kat tesco tadi ..sementara tunggu adik aku tu cari barang apa yang dia nak..aku jalan jalan la dengan ibu. Sekali tu kitorang terberhenti kat barang-barang Baby. Tau jela kan barang baby ni semua nya comel-comel. Dengan baju nya... botol air diorang.. haaaiiihhh geram je aku tengok... nasib baik tu barang budak2. Kalo bole pakai dah aku beli buat koleksi.

Masa tu aku borak-borak dengan Ibu...

" Ibu cantik kan baju Baby nii... Bole belikan untuk Baby Mia..."

Pastu ibu pergi kat side botol susu Baby..

" Ibu dulu banyak tau beli kan botol korang. Nampak cantik je beli. Tu yang banyak sangat botol susu korang dulu."

Jangan katakan ibu.. aku sendiri tengok pon dah geram sangat... Tambahan lagi naluri perempuan ni kan memang kita dah beri rasa Keibuan tu. Jadi memang normal la aku rasa nak memiliki barang-barang baby tu. Pastu tetiba ibu cakap...

" Ko kahwin la angah...."

Ooopppsss! Tergamam aku kat belakang ibu. Sambil sengih sorang-sorang. 


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com