Berblog dan berimaginasi itu cara aku. | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Thursday, February 6

Berblog dan berimaginasi itu cara aku.

Aku bukan la bercita-cita nak jadi penulis. Dulu pon aku bukan la student kelas sastera atau minat nak baca buku-buku sasterawan. Tapi kalau setakat layan novel tu pernah la juga. Tapi bukan peminat tegar pada novel.

So macam mana aku dapat idea menaip?

Macam mana aku nak terangkan ek? Mungkin lain orang lain cara masing-masing nak mengolah cerita kan. Tapi kalau cara aku, aku seolah macam bercerita dengan orang. Aku bayangkan ada orang depan aku..dan aku akan cerita penuh dengan reaksi yang diperlukan macam betol2 aku cerita yang kat depan aku ni ada orang.

DAN.......... lagi 1 aku suka berimaginasi sendiri. Aku suka melayan perasaan dan pemikiran aku. Ala lebih kurang macam mengomel la. Aku pecaya korang pon pernah mengomel kan? bila tengah marah korang akan pok pek pok pek sorang2 kan? so dia lebih kurang macam tu la. Mengekspresi perasaan sendiri. Tapi yang ni aku expresi dalam bentuk penulisan.

Kadang-kadang bila aku menaip aku bole je tersenyum, buat memek muka ikut suka aku. Tersenget-senget bibir aku mengikut expresi rentak minda aku tu.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com